Khamis, 6 Mac 2014

selebriti2 yang telah meninggal dunia

Selebriti-selebriti yang meninggal dunia pada tahun 2010


Tony Curtis

Pelakon legenda Tony Curtis, yang menghiasi skrin sejak tahun 1950-an, meninggal dunia pada usia 85 tahun. Tony meninggal kerana serangan jantung di rumahnya di Vegas pada tarikh 29 September 2010. Berita sedih itu disahkan kepada media oleh anak perempuannya, pelakon Jamie Lee Curtis. Selama perjalanan karier yang panjang, Tony membintangi lebih dari 150 filem, berjuang melawan ketagihan dadah, berkahwin enam kali, dan ayah kepada enam anak. Fotokredit : Independent.co.uk


George Steinbrenner

Pemilik Yankees, George Steinbrenner, menderita serangan jantung pada tarikh 13 Julai 2010 di Florida dan dinyatakan meninggal. Foto kredit : Forbes


Rue McClanahan

Bekas bintang Golden Girls dan pemenang anugerah Emmy Rue McClanahan telah meninggal dunia pada usia 76 tahun. Dia menderita stroke kronik dan keluarganya ada di sisinya ketika dia meninggal dunia pada tarikh 3 Jun 2010. Foto kredit : abcnews


Dennis Hopper

Pelakon lagenda Dennis Hopper meninggal dunia pada tarikh 29 Mei 2010 dalam usia 74 tahun. Dia berjuang melawan kanser prostat dan meninggal dunia di rumahnya di Venice, California dikelilingi oleh teman-teman dan keluarga. Dennis paling dikenali untuk lakonannya dalam filem seperti Rebel Without a Cause, Easy Rider, Apocalypse Now, Waterworld dan Blue Velvet.


Gary Coleman

Bekas bintang Stroke Diff'rent Gary Coleman meninggal dunia pada tarikh 28 Mei 2010 di usia muda 42 tahun selepas pendarahan otak. Gary telah koma dan dinyatakan meninggal di Utah Valley Regional Medical Center di Provo, Utah.


Simon Monjack

Hanya lima bulan selepas kematian mengejut Brittany Murphy, suaminya, penulis skrip Simon Monjack, ditemui mati pada 23 Mei 2010 di rumahnya pada usia 39 tahun.


Ronnie James Dio

Vokalis heavy metal dan penulis lagu Ronnie James Dio meninggal dunia pada tarikh 16 Mei 2010 di usia 67 tahun selepas berjuang melawan kanser perut. Dia pernah menyanyi bersama kumpulan Elf, Rainbow, Black Sabbath, Heaven & Hell, dan band sendiri iaitu Dio.



Lena Horne

Penyanyi / pelakon / penari Lena Horne meninggal di NYC pada tarikh 9 Mei 2010 di usia 92. Foto kredit : thegrio.com



Dixie Carter

Pelakon Dixie Carter meninggal pada 10 April 2010 dalam usia 70 tahun. Beliau komplikasi akibat kanser endometrium.   Foto kredit : Telegraph.co.uk



John Forsythe

Lagenda TV John Forsythe, bintang yang hit dalam Dynasty dan Charlie's Angels, meninggal dunia pada tarikh 2 April 2010 di usia 92 tahun. Pada tahun 2006, John didiagnosis menderita kanser usus besar dan meninggal komplikasi pneumonia di Santa ynez, California.



Robert Culp

Culp adalah seorang pelakon dan penulis skrip, paling dikenali untuk karya televisyen. Dia menjadi terkenal secara internasional atas peranannya sebagai Kelly Robinson I Spy, di mana dia membintangi bersama Bill Cosby.

Dia juga muncul di berbagai acara televisyen yang lain termasuk, Bonanza, The Golden Girls, The Nanny, The Girls Next Door dan Wings. Culp berkahwin lima kali dan mempunyai tiga anak lelaki dan dua dua anak perempuan.

Dia meninggal dunia pada tarikh 24 Mac 2010 setelah dia jatuh rebah di luar rumahnya di Los Angeles, California dalam usia 79 tahun.



Peter Graves

Pelakon Peter Graves meninggal pada usia tua di rumahnya di California pada tarikh 14 Mac 2010 dalam usia 83 tahun. Dia paling dikenali dan dihormati kerana peranannya sebagai agen utama dalam acara hit TV Mission Impossible serta tuan rumah A&E's Biography.



Corey Haim

Pelakon Corey Haim dijumpai tidak sedarkan diri pada pagi tarikh 10 Mac 2010 di apartmen LA dan dinyatakan meninggal di Providence St Joseph's Medical Center. Corey, 38, meninggal kerana overdose. Dia terkenal melalui filem-filem seperti The Lost Boys, Lucas dan License to Drive.



Andrew Koenig

Tubuh bekas bintang Growing Pains, Andrew Koenig ditemui di sebuah taman di Vancouver pada tarikh 25 Februari 2010. Malangnya, ternyata bahawa dia memutuskan untuk mengambil nyawanya sendiri. Pelakon itu dilaporkan hilang pada Hari Valentine dan pencarian telah dilakukan sejak itu. Keluarga, teman, dan sukarelawan semua bertungkus-lumus untuk membantu pihak polis cuba mencarinya.


Kebanyakan selebriti luar negara di atas meninggal dunia akibat kanser .......


Selebriti-selebriti di Malaysia


Tony Castello

Pelakon filem klasik Anakku Sazali, Tony Castello atau nama Islamnya Mohd Nor Abdullah. Allahyarham meninggal dunia kira-kira pukul 4 petang, Isnin Disember 2010 di Hospital Changi, Singapura dalam usia 64 tahun.


Shamrin Fotograf

Shamrin (Mohd Shamrin Abdul Samad) iaitu penyanyi kumpulan Fotograf yang pernah popular dengan lagu Di alam fana cinta, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital, selepas jatuh rebah ketika bermain bola sepak di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru kerana serangan jantung. Kejadian itu berlaku pada 11 November 2010.

Allahyarham meninggalkan isteri yang sedang sarat mengandung ketika itu dan dua orang anak berusia 1 dan 5 tahun. Allahyarham meninggal dalam usia 45 tahun.



Yalal Chin

Seorang pelakon drama otai yang sudah lama berkecimpung dalam seni lakon. Allahyarham Yalal Chin (Yalal Abu Chin) meninggal dunia akibat serangan sakit jantung dan pendarahan dalam otak di HUKM, Cheras, Kuala Lumpur pada jam 12.15 pagi, 16 Oktober 2010. Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir ketika berusia 67 tahun. Foto kredit : crossingtheseries.com



M Rajoli

Seorang pelakon dan pelawak veteran M Rajoli (Haji Mohd Rajoli Mohamed Zin) telah meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya kerana mengidap kanser di kelenjar otak (lymphoma). Allahyarham menghembuskan nafas ketika berusia 65 tahun pada 17 September 2010.



M. Rafiee Haji Khair

Allahyarham M. Rafiee Haji Khair meninggal dunia kerana sakit tua di Hospital Besar Changi (CGH), Singapura pada 16 September 2010. Waktu itu beliau berusia 86 tahun.

Beliau pernah membintangi filem Madu Tiga, Ali Baba Bujang Lapok, Seniman Bujang Lapok dan beberapa lagi bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. M. Rafiee paling diingati dengan dialognya "kesiaan ....... kesiaan" dalam filem Madu Tiga. Begitu juga adegan dia repair motosikal, yang mana motosikalnya selepas itu terbang ke atas atap rumah, akibat penangan si Sudin.



Yusof Chong

Seorang pelawak veteran, Allahyarham Yusof Chong (Yusop Mat Said) meninggal dunia dalam usia 63 tahun akibat komplikasi pelbagai penyakit, di Hospital Selayang, Selangor dalam bulan puasa, 5 September 2010.

Beliau amat diingati kerana kebolehannya meniru pelbagai suara orang terutamanya suara menteri-menteri seperti Tan Sri Mohamed Rahmad (Allahyarham), Tun Lim Kheng Yeik, Datuk Seri S.Samy Vellu dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tidak ketinggalan juga beliau mampu meniru suara-suara artis seperti R.Azmi, Datuk David Arumugam, Zain Azman, Halim Yatim dan ramai lagi.



Seniwati Mariam Baharom

Allahyarhamah meninggal kerana sakit tua di kondominiumnya di Yishun, Singapura dalam usia 75 tahun pada 9 Ogos 2010.

Beliau adalah ibu kepada penyanyi terkenal suatu ketika dulu iaitu Rahimah Rahim dan juga Bat Latif, hasil perkahwinan dengan Allahyarham Rahim Hamid, iaitu seorang penyanyi yang amat popular, dan telah digelar sebagai 'Nat King Cole Singapura'. Dan tidak ketinggalan beliau juga ialah kakak kepada Allahyarhamah Seniwati Datin Saadiah.

Seniwati Mariam Baharom pernah bekerja di Studio Malay Film Productions (MFP) dan Cathay Keris. Pernah membintangi filem Abu Hassan Penchuri (1955), Aloha (1950), Antara Dua Darjat(1960), Aladdin (1952) dan beberapa lagi filem klasik lain.


Siti Rohani Wahid

Salah seorang pelakon wanita yang popular sekitar tahun 70an dan 80an, terutamanya menerusi filem Gila-gila remaja, memegang watak sebagai seorang cikgu dalam kelas Roy. Allahyarhamah Siti Rohani Wahid meninggal dunia akibat penyakit barah payu dara ketika berusia 53 tahun.

Allahyarhamah ialah isteri kepada pengarah M Jamil dan juga menantu kepada seniwati terkenal, Datuk Sarimah Ahmad. Dia telah menderita barah payu dara selama setahun dan akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir di Hospital Putrajaya pada 12 Julai 2010.



Yanie Mentor

Yanie Mentor (Siti Suriane Julkarim) meninggal dunia kerana penyakit ketumbuhan pada paru-paru pada 21 Mac 2010. Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Keningau, Sabah. Foto kredit : mybloghub.my



Acik Spin

Dua minggu selepas kehilangan Din Beramboi, Acik Spin (Abdillah Murad Md Shari) pula terlibat dalam satu kejadian kemalangan jalanraya di KM 14 Lebuhraya Kajang Serembang sdn. bhd, dengan kereta Toyota Estima yang dipandu oleh sahabatnya terbabas. Allahyarham meninggal dalam usia 28 tahun pada 17 April 2010.



Din Beramboi

Pelawak dan DJ radio popular Din Beramboi (Mior Ahmad Fuad Mior Badri) meninggal dunia pada usia 44 tahun kerana mengidap demam Denggi berdarah, di Hospital Selayang, Kuala Lumpur pada 2 April 2010. Pemergian Allahyarham disaksikan oleh ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.



Ahmadi Hassan

Seorang penyanyi nasyid yang popular sekitar tahun 70 dan 80an. Allahyarham Ahmadi Hassan telah meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada petang 17 Februari 2010, dalam usianya 63 tahun. Pernah mencipta nama menerusi drama radio Fajar Di Bumi Permata dengan wataknya sebagai Pak Chat sekitar tahun 1970-an. Foto kredit : lagubaru.net


Semoga roh mereka aman di sana. Bila pula giliran kita ya?  :)  Dan jika ada lagi senarai dalam pengetahuan anda, sila tambah di ruangan komen di bawah ya, terima kasih :)

Selebriti-selebriti yang meninggal dunia pada tahun 2011

Sabtu, Mei 21, 2011 |  |  | 
Selebriti-selebriti di Malaysia

Antara selebriti-selebriti yang telah mati di Malaysia .......

Penyanyi veteran Datuk Ahmad Jais meninggal dunia
Datuk Ahmad Jais meninggal duniaKUALA LUMPUR 11 Okt 2011 - Seniman Datuk Ahmad Jais meninggal dunia di Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam pada 9.19 pagi 11 Oktober 2011.

Allahyarham merupakan salah seorang penyanyi penyanyi irama pop yeh yeh yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an / 70-an yang sering mendendangkan lagu-lagu di radio Malaysia.

Beliau dilahirkan di Kapar, Klang, Selangor pada tahun 28 March 1936. Beliau kemudiannya berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1957 dan mula menyanyi di majlis keramaian seperti kenduri kahwin.

Pada Oktober 1959, Ahmad Jais berhijrah ke Singapura untuk mencuba nasibnya. Sebelum bintangnya mula bersinar, beliau pernah bekerja sebagai budak pejabat di Cycle & Carriage dengan gaji RM80 sebulan. Bakat seni dalam diri Ahmad Jais mula terbukti apabila memenangi pertandingan nyanyian pada 1959 dan 1960.

Antara lagu yang pernah dipopularkan seperti 'Azizah', 'Bahtera Merdeka' dan 'Di Ambang Sore'.

Sekitar hujung Februari 2011, Dato’ Ahmad Jais di’masukkan ke Unit Rawatan Separa Rapi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC) akibat sesak nafas.

Menurut ahli keluarga, Dato’ Ahmad Jais pernah mengadu penat selepas pulang dari membuat persembahan di Batu Pahat pada 8 September.  [Berita Harian , Malaysian Digest , Wikipedia]


Hasnah Haron meninggal dunia

KUALA LUMPUR 1 Ogos 2011  -  PENYANYI tahun 60-an yang pernah popular dengan lagu BersedihHasnah Haron, 64, meninggal dunia kerana barah pangkal rahim kira-kira jam 8 pagi ini di Hospital Sultan Ibrahim Johor Bahru, Johor.

Rakan seangkatannya, Datuk A Rahman Hassan berkata, walaupun pemergian Hasnah sememangnya dijangka, namun beliau dan isterinya yang juga kawan rapat kepada Hasnah, Datin Azizah Mohamad turut bersedih dan merasakan kehilangannya.

"Sebenarnya sudah beberapa hari Hasnah dimasukkan ke hospital, dan kami sedia maklum kerana diberitahu oleh anaknya yang mana Hasnah sudah nazak sejak Subuh semalam. Kami sentiasa berhubung dengan anaknya untuk mengetahui perkembangan mengenai dirinya.

"Dan pagi tadi kami disedarkan dengan berita pemergiannya dan akan dikebumikan di Johor Bahru. Hasnah sudah lama menghidap penyakit barah ini dan keadaannya makin teruk sejak dari awal tahun ini selepas rawatan kimoterapi diberikan. Sebagai kawan yang rapat dengannya, kami ada melawat Hasnah di hospital beberapa kali sebelum pemergiannya. [Berita Harian]


Seniman Negara 1995, Syed Ahmad meninggal dunia
Seniman negara Syed Ahmad Jamal
KUALA LUMPUR 31 Julai - Seniman Negara 1995, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal meninggal dunia di kediamannya di Gombak di sini, kira-kira 10 malam semalam.

Perkara itu disahkan sumber dari Unit Perhubungan Awam Balai Seni Lukis Negara yang dihubungi Bernama di sini.

Allahyarham berusia 82 tahun dan meninggalkan balu Datin Hamidah Mohd. Noor dan dua anak lelaki.

Syed Ahmad yang berasal dari Muar, Johor mendapat pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Baharu sebelum melanjutkan pengajian di Birmingham School of Architecture pada 1950 hingga 1951 dan Chelsea School of Art, London pada 1951 hingga 1955.

Syed Ahmad merupakan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah menghasilkan karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencinta seni.  [Bernama]


Zami Ismail @ Pak Uda meninggal dunia
KUALA LUMPUR 19 Jun - Pelawak veteran, Zami Ismail, 67, atau lebih dikenali sebagai Pak Uda, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 10.30 pagi tadi akibat masalah jantung.

[Berita Harian]



Mahyon Ismail meninggal dunia selepas mengadu demam

KUALA LUMPUR 21 Mei – Pelakon veteran, Mahyon Ismail sempat berlakon drama terakhirnya berjudul Serapah Darah Bulan Madu minggu lalu sebelum dia mengadu demam semalam dan meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini hari ini.

Menurut anak bongsu Allahyarham, Faizal Hussein, 44, malam tadi ibunya mengadu demam dan dibawa ke Hospital Pakar Ampang Puteri dan kemudian dipindahkan ke wad unit rawatan rapi (ICU) sebelum menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini.

Allahyarham yang dilahirkan di Tanjong Karang, Selangor mula berlakon filem pada awal tahun 1960-an dan antara filem lakonannya berjudul Nasib Do Re Mi, Esok Masih Ada, Tiada Esok Bagimu, Bunga Padi Berdaun Lalang, Senja Merah serta Panglima Badul.

Hasil perkahwinannya dengan Hussein Abu Hassan yang meninggal dunia pada 26 November 2007 kerana penyakit paru-paru berair, Allahyarham dikurniakan tiga anak iaitu Fadila, 48, Fairuz, 46, dan Faizal, 44, serta lima cucu. Jenazah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Danau Kota, Setapak di sini malam ini. [Utusan Malaysia , Foto kredit: Kosmo]



Orkid Abdullah meninggal dunia
KUALA LUMPUR - Penyanyi veteran, Datin Orkid Abdullah, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira pukul 12.40 tengah hari ini setelah dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan semalam.  [Kosmo - 13 Mei 2011]





Aimi Jarr

KUALA LUMPUR - Pelakon veteran dan aktivis seni, Aimi Jarr atau nama sebenarnya Datuk Omar Puteh, 72, meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati, pagi ini.

Allahyarham yang juga merupakan bekas Penyunting Berita di Utusan Malaysia disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 7.30 pagi.

Anak bongsu Allahyarham, Romy Jarr, 34, ketika dihubungi berkata bapanya tidak menunjukkan tanda-tanda sakit sebelum meninggal dunia.

"Cuma pagi tadi semasa nak kejutkan arwah, badannya terasa sejuk dan mulutnya berbuih. Melihat keadaan bapa, saya terus menghubungi doktor untuk membuat pemeriksaan ke atasnya,” katanya.

Romy Jarr berkata, bapanya mempunyai penyakit kencing manis tetapi tidak berada pada tahap yang serius sehingga memerlukan bapanya dimasukkan ke hospital.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Noriah Ishak, 74, dan tiga cahaya mata iaitu Norimy Jarr, 44, Norlisda Jarr, 40 dan Romy Jarr.

Aimi Jarr pernah memenangi anugerah Penulis Lakon Layar Terbaik dalam Festival Film Malaysia kedua pada 1981 menerusi filem Dia Ibuku.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan selepas solat Zuhur di Tanah Perkuburan Klang Gate Baru, Hulu Klang. — [Bernama - 10 Mei 2011]



Faizal Yusup Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR  1 Jan 2011  -  Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.

Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.

Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.

"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.

Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.

Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.

Baca selanjutnya di mStar Online

AlFatihah ....... Semoga roh mereka mendapat rahmat dan berbahagia di sana ..


Selebriti-selebriti luar negara

Antara selebriti-selebriti yang telah mati di luar negara .......

Bekas juara tinju dunia, Joe Frazier meninggal dunia
PHILADELPHIA 8 Nov. - Joe Frazier, bekas juara tinju heavyweight dunia meninggal dunia pada usia 67 tahun setelah menderita kanser hati.

Frazier terkenal di dalam dunia tinju kerana berjaya mengalahkan Muhammad Ali buat kali pertama dan selepas itu terpaksa tunduk kepada Ali pada perlawanan ulangan di Manila yang dikenali sebagai “Thrilla in Manilla” pada tahun 1970-an.

Frazier dikesan mengidap penyakit tersebut seminggu lagu, disahkan oleh ahli keluarganya meninggal dunia hari ini.  [Utusan Malaysia]


Pengasas bersama Apple, Steve Jobs meninggal dunia

Steve Jobs meninggal dunia
SAN FRANCISCO, 6 Okt — Pengasas bersama Apple Inc dan bekas ketua pegawai eksekutifnya Steve Jobs, yang dianggap sebagai antara ketua pegawai terbaik di Amerika Syarikat dalam generasinya, meninggal dunia semalam.

Mendiang Jobs berusia 56.  Jobs bertarung dengan kanser dan masalah kesihatan lain sejak beberapa tahun lalu.

Kematian Jobs diumumkan oleh Apple dalam satu kenyataan. Laman web Apple.com juga menyiarkan gambar hitam putih dengan mesej “Steve Jobs, 1955-2011”.

Ikon Lembah Silikon yang memberikan dunia iPod dan iPhone meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif syarikat teknologi terbesar di dunia pada Ogos lalu dan menyerahkan tampuk kepimpinan kepada Tim Cook.

Jobs bertarung dengan kanser pankreas.

“Kecemerlangan, keghairahan dan tenaga Steve merupakan sumber kepada siri inovasi yang tiada bilangannya, yang telah memperkaya dan memperbaiki hidup kita. Dunia berada dalam keadaan baik yang tidak terhingga disebabkan (sumbangan) Steve,” kata Apple dalam kenyataan mengumumkan berita kematian mendiang.  [Malaysian Insider]


Pelakon yang pegang watak bapa saudara Spiderman meninggal dunia

LOS ANGELES 11 Sept. - Pelakon Cliff Robertson yang memegang watak sebagai bapa saudara Spiderman, Ben Parker dalam filem bersiri tersebut meninggal dunia semalam pada usia 88 tahun.

The Los Angeles Times melaporkan pemenang anugerah Oscar yang mula dikenali ramai selepas memegang watak sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), John F. Kennedy itu meninggal dunia akibat sakit tua di Pusat Perubatan Universiti Stony Brook.

Sepanjang kariernya, Robertson terlibat dalam kira-kira 60 buah filem termasuk PT 109, My Six Loves, Sunday In New York, The Best Man, The Devil's Brigade, Three Days Of The Condor, Obsession dan Star 80.

Lakonannya di dalam PT109 sebagai John F. Kennedy sewaktu muda membuatkan dia dikenali dunia ketika itu.

Robertson memenangi Anugerah Academy pada 1968 bagi wataknya sebagai penjaga bangunan yang mempunyai masalah mental dalam filem Charly.

Robertson pernah berkahwin dan bercerai sebanyak dua kali dan memperoleh dua orang anak perempuan hasil daripada dua perkahwinan itu. [AFP , Utusan Malaysia]





Jani Lane, bekas penyanyi Warrant
Bekas penyanyi kumpulan Warrant,Jani Lane ditemui mati dalam sebuah hotel di kawasan Los Angeles, Khamis malam 11 Ogos 2011. Menurut The Hollywood Reporter, Lane mempunyai sejarah tangkapan yang berkaitan dengan alkohol, dengan tangkapan pada tahun 2009 dan 2010.

Lane merupakan penyanyi utama Warrant dalam tempoh yang paling berjaya. Band ini mempunyai dua album double-platinum, kemunculan single, 'Dirty Rotten Filthy Stinking Rich' dan susulan, 'Cherry Pie'.

Lane, lahir sebagai John Kennedy Oswald pada tahun 1964, telah masuk dan keluar Warrant selama bertahun-tahun. Album terakhir di mana dia muncul dengan band ini adalah "Under the Influence," album kebanyakannya meliputi lagu-lagu yang keluar pada tahun 2001.

Lane meninggal dalam usia 47 tahun.



Linda Christian, awek pertama James Bond
Linda Christian bersama Tyrone Power
Linda Christian dan Tyrone Power
Gadis pertama James Bond, Linda Christian dikhabarkan meninggal dunia pada hari Jumaat 22 Julai 2011 di Palm Desert. Berita kematian ini dibenarkan oleh anak perempuan Christian, Romina Power.

Christian meninggal pada usia 87 tahun setelah bergelut dengan penyakit kanser usus besar.

Dilahirkan di Mexico, Christian mengejar kerjaya lakonan di Los Angeles dan akhirnya menandatangani kontrak dengan MGM. Beliau membuat filem pertamanya bersama Danny Kaye dalam filem komedi muzikal 'Up In Arms' pada tahun 1944.

Setahun setelah berlakon filem 'Tarzan and the Mermaids', Christian berkahwin dengan lelaki paling popular di zamannya, Tyrone Power. Namun, perkahwinan mereka tidak berjalan lancar. Keduanya bercerai pada tahun 1956.

Pada tahun 1954, dia memainkan peranan sebagai gadis Bond dalam siri televisyen yang diadaptasi dari novel 'Casino Royale'.  [Yahoo News , AP]



Penerbit filem Spiderman mati sakit kanser payu dara

Laura Ziskin died - spiderman producerLaura Ziskin, 61, yang telah menerbitkan kesemua filem Spiderman setakat ini, telah meninggal dunia akibat kanser payu dara.

Ziskin, telah bekerja pada beberapa filem terbesar sejak dua dekad terakhir, dan sebelum kematiannya bertindak sebagai penerbit 'The Amazing Spiderman', yang akan dikeluarkan musim panas depan.

Dia juga bekerja dalam filem No Way Out, thriller 80an yang mengubah Kevin Costner menjadi bintang, serta bekerjasama dengan Julia Roberts sebagai penerbit eksekutif filem komedi yang mendapat kejayaan besar iaitu Pretty Woman.

Filem-filem Ziskin lain termasuklah filem komedi lakonan Nicole Kidman iaitu To Die ForDustin Hoffman - Accidental Hero dan Bill Murray - filem komedi What About Bob. Dia juga adalah penerbit eksekutif As Good As It Gets, yang memenangi Oscar untuk bintangnya Jack Nicholson dan Helen Hunt.

Baca selanjutnya .......



'Macho Man' Randy Savage mati kemalangan setelah kereta merempuh pokok
Peminat-peminat gusti terutamanya ayam-ayam lama tentu kenal dengan Randy 'Macho Man' Savage, yang seangkatan dengan Ultimate WarriorHulk Hogan dan sebagainya lagi.

Lelaki berbadan sasa yang berusia 58 tahun itu mati dalam kemalangan jalanraya di Seminole, Florida berdekatan Tampa pada hari Jumaat, 20 Mei 2011. Dia disyaki diserang sakit jantung dan hilang kawalan lalu merempuh keretanya pada sebatang pokok di tepi jalan.
Macho Man cukup dikenali dengan ayat 'trademark' nya iaitu "oooh, yeah!" . Nama sebenarnya ialah Randy Poffo. Ayahnya Angelo Poffo dan adiknya 'Leaping' Lanny Poffo juga adalah ahli gusti profesional.


Selebriti-selebriti yang meninggal dunia pada tahun 2012

Selasa, Jun 04, 2013 |  |  | 
Selebriti-selebriti tempatan
Penyanyi Izwan Pilus meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 20 Januari 2012 - Penyanyi Khairil Izwan Pilus, 32, yang popular dengan lagu "Kembali senyum", meninggal dunia di wad ICU hospital Ampang kira-kira jam 6 petang tadi.

Finalis Bintang RTM yang juga abang kepada Aril AF meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kegagalan organ dalaman.   [Harian Metro]

Innalillah .. Al-Fatihah .......









Latif Ibrahim Meninggal Dunia

PETALING JAYA, 20 Februari 2012 - Penyanyi Abdul Latif Ibrahim, 60, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

Adik beliau, Khatijah ketika ditemui Wartawan mStar Online, Wahiduzzman di kediaman Allahyarham di AU3 Keramat dekat sini pada malam Isnin berkata, seluruh keluarga Allahyarham berasa sedih dengan kematian itu.

Ujarnya, Allahyarham sepatutnya bersama keluarga menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah pada 13 Mac depan tetapi hajatnya tidak kesampaian.

"Kami turut sedih kerana arwah bukan sahaja tidak dapat menunaikan impian untuk mengerjakan umrah tetapi dia meninggal dunia tiga hari sebelum menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-60 tahun pada Khamis ini," katanya.

Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru berair dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu.

Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.

Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.

Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, selepas solat Zohor, Selasa.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Masriah Mahadan, 57, dan dua orang anak iaitu Mohd. Hazriq, 35, dan Haznally, 34.  [mStar Online]



Tom Jones Singapura, Ismail Haron Meninggal Dunia

PETALING JAYA, 9 April 2012 - Penyanyi veteran yang mendapat jolokan Tom Jones Singapura iaitu Ismail Haron meninggal dunia dalam tidur di rumah kakaknya di Jurong West, Singapura kira-kira pukul 2 petang Isnin.

Pengurus syarikat rakaman Produksi Matahati, Maria Satar berkata, Allahyarham dipercayai terkena serangan jantung.

“Sewaktu kejadian, kakak Allahyarham iaitu Halimah Haron keluar rumah. Ketika dia pulang, dia cuba kejutkan Allahyarham dan terkejut kerana Allahyarham tidak bergerak,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Isnin.

Maria berkata, Allahyarham yang berusia 66 tahun tidak pernah berkahwin dan tinggal bersama adik-beradiknya sejak pulang dari Brisbane, Australia pada tahun 2003 selepas 28 tahun berada di negara itu.

Beliau merupakan anak keempat daripada 12 beradik.

Allahyarham terkenal dengan lagu-lagu Delailah, Dendamku Kerana Maria, Senyum Terakhir dan Mari Menari.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Pusara Abadi 2, Jalan Bahar, Jurong, Singapura pada pukul 10 pagi Selasa.  [mStar Online]



Bob Kuman meninggal dunia

PETALING JAYA, 3 Mei 2012 - Pelakon dan pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, 40, meninggal dunia di kediamannya  di Seksyen 11 di sini, 4.38 petang tadi.

Jururawat peribadi Allahyarham Mohd Farid  Hamzah berkata, dia menerima panggilan daripada isteri arwah, Normah pada 3.50 petang memberitahu bahawa Bob tidak sedarkan diri selepas beberapa kali cuba dikejutkan.

Difahamkan Bob sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Hospital Tawakal  kerana  sakit jantung, darah tinggi dan paru-paru berair serta mengalami masalah obesiti.

Tahap kesihatan Bob mula merosot selepas dia terjatuh ketika pengambaran selepas terjatuh ketika menjalani penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak akhir 2010, yang menyebabkan dia mengalami masalah sesak nafas dan bengkak kaki.
Bob  mengemparkan industri hiburan negara  selepas berita palsu mengatakan dirinya sudah meninggal dunia tersebar melalui laman sosial 21 April lalu.  

Jenazah Bob dimandi dan dikafan di Masjid Kota Damansara sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Negeri Sembilan. [Sinar Harian]



Sam D'lloyd Meninggal Dunia

9 Jun 2012 - VOKALIS kumpulan terkenal era tahun 70-an iaitu D'lloyd, Saymsuar Hasyim atau lebih dikenali sebagai Sam menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.15 pagi pada Sabtu.

Allahyarham meninggal pada usia 64 tahun.

Sahabat baiknya yang juga ahli kumpulan D'lloyd iaitu Bartje Van Houten ketika dihubungi media Indonesia memberitahu, Sam meninggal dunia akibat penyakit jantung dan kanser paru-paru yang dihadapinya sebelum ini.

"Sakit jantung dan kanser paru-paru adalah punca kematian Allahyarham. pemergiannya adalah satu kehilangan buat industri muzik Indonesia," ujarnya.

Tambah Bartje, jenazah akan dikebumikan di Tanah Kusir, Jakarta.

Antara lagu popular kumpulan itu adalah seperti Keagungan Tuhan, Tak Mungkin, Oh Di Mana, Karena Nenek, Semalam di Malaysia dan banyak lagi.

D'lloyd bukan sahaja popular di Indonesia malah Malaysia, Singapura dan Brunei.   [mStar Online]



Osman Kering meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 29 Jun 2012 - Pelawak terkenal tanah air Osman Kassim atau lebih dikenali dengan nama Osman Kering meninggal dunia hari ini akibat batuk kering (tetapi kemudian disahkan bahawa kematiannya disebabkan oleh kegagalan fungsi otak).

Osman, 58, meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di sini pada kira-kira pukul 3.45 petang.

Osman yang berasal dari Pauh Lima, Kelantan, meninggalkan seorang balu Che Norhayati Che Omar, 48, dan tujuh orang anak serta tiga cucu.

Anak keempatnya Norhidayah Osman berkata bapanya itu telah lama menghidap penyakit batuk kering dan dimasukkan ke HUKM sejak 11 Jun lepas bagi menerima  rawatan.

Jenazah allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Al Najihin, Bandar Sri Pemaisuri di sini sebelum dikebumikan di Tanah Pekuburan Islam Bukit Tandang, Petaling Jaya selepas Maghrib.

Osman telah berkecimpung dalam dunia seni lebih 30 tahun dan antara filem yang dibintanginya ialah "Kantoi", "Senario The Movie Episod 1", "Tentang Bulan" dan "Man laksa".

Norhidayah berkata sebelum menghembuskan nafas terakhir arwah bapanya ada berpesan agar menjaga ibu mereka dengan baik selain sering memberitahu bermimpikan rakan artisnya yang telah meninggal dunia.

"Ayah ada memberitahu dia kata dia pernah bermimpi (berjumpa allahyarham) M.Rajoli dan Zami Ismail dan mereka berbual sekali. Sebelum meninggal dunia ayah sering bermanja dengan kami dan berbual-bual," katanya.

Beliau tidak menduga gurauan bapanya sebelum ini merupakan kali yang terakhir sebelum menghembuskan nafas terakhir.  [Sinar Harian]



Pelakon veteran Ismail Hutson meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2012 - Pelakon veteran dan Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS) Datuk Ismail Hutson atau nama sebenarnya Ismail Omar, meninggal dunia awal hari ini.
   
Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara di sini tengah hari ini.
   
Ismail, 72, meninggal dunia pada pukul 1.05 pagi di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya akibat komplikasi penyakit jantung, kata isteri kedua Allahyarham Hafidzah Khasbullah kepada Bernama di sini hari ini.
   
Beliau berkata suaminya dimasukkan ke Unit Rawatan Kritikal (CCU) pusat perubatan itu sejak Selasa ekoran demam panas yang berpanjangan.
   
"Sudah ketentuan Ilahi untuk Allahyarham pergi meninggalkan kami (keluarga) pada awal Ramadan ini, dan sudah pasti sambutan raya tahun ini berbeza dengan ketiadaan beliau," katanya.
   
Selain Hafidzah, Allahyarham turut meninggalkan isteri pertama Zaiton Osman dan tujuh orang anak.   
   
Ismail, yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran mewarnai dunia perfileman tanah air sejak tahun 1970-an dan pernah berlakon dalam filem dan drama. Antara filem lakonan beliau ialah Dayang Suhana (1978), Tujuh Biang Keladi (1984), Hantu Siang (1986), Cinta Kita (1995), Layar Lara (1997) dan Mr Cinderella 2 (2003).   [Bernama , Sinar Harian]



Pelakon veteran Raja Hamidah Meninggal Dunia Akibat Barah

PETALING JAYA, 13 September 2012 - Seniwati veteran Raja Hamidah Raja Saat meninggal dunia pada usia 80 tahun akibat penyakit barah payudara pada kira-kira pukul 7 malam Rabu.

Allahyarham yang juga isteri kepada pengarah filem legenda Salleh Ghani menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Klang Gate Hulu Kelang, dekat sini.

Menurut anak keduanya Zulkiflee, 55, Allahyarham yang semakin uzur sejak dua bulan lalu pada mulanya diserang semput dan sesak nafas selepas menunaikan solat Asar pada petang Rabu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi 10 daripada 12 anaknya.

Zulkiflee berkata, ibunya yang terlantar sakit di rumah sejak sebelum Ramadan lagi berasa gembira apabila mereka sekeluarga sempat berkumpul pada sambutan Hari Raya lepas.

Ditanya mengenai amanat terakhir Allahyarham, Zulkiflee berkata, ibunya sempat berpesan agar anak-anaknya terus mengekalkan keharmonian keluarga dan hidup bersatu-padu.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di rumahnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate Baru, Hulu Kelang pada pukul 11 pagi Khamis.

Allahyarham mendirikan rumah tangga dengan Salleh Ghani pada 1955 dan meninggalkan 12 anak termasuklah pengarang di akhbar Harian Metro, Adam Salleh serta 24 cucu.

Raja Hamidah dilahirkan pada 9 Disember 1932 dan berasal dari Johor Bahru, Johor.

Allahyarham menceburi bidang lakonan pada 1948 melalui filem 'Kampung Sentosa' arahan B Reaves E Elliot terbitan Sound Master of New York Ins.

Selain berlakon, Raja Hamidah merupakan penari dan penyanyi latar di Shaw Brothers serta pemimpin kumpulan muzik Seni Wanita.

Filem-filem lain lakonannya termasuklah 'Musang Berjanggut', 'Orang Minyak' dan 'Hang Tuah'.

Suami Allahyarham meninggal dunia pada 28 Ogos 1986.  [mStar Online]



Penyanyi 60-an J. Kamisah Meninggal Dunia

PETALING JAYA, 12 November 2012 - Penyanyi era 60-an, J. Kamisah meninggal dunia pada awal pagi Rabu kerana komplikasi pelbagai penyakit termasuk jantung. Allahyarham berusia 64 tahun.

Menurut anak angkatnya Rahimah Rahim, 41, Allahyarham yang juga bekas anggota kugiran The Wisma, menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 1.20 pagi di kediaman keluarganya di Bukit Panjang, Singapura.

Rahimah berkata dia berasa terkejut dan terkilan kerana tidak berkesempatan untuk menziarahi penyanyi itu yang sudah terlantar sakit sejak Ramadan lalu.

“Saya membesar di samping Allahyarham kerana bapa saya Rahim Rahman juga adalah anggota kumpulan The Wisma.

“Saya berasa terkejut apabila mendapat berita kematiannya pada pukul 2 pagi tadi (Rabu). Kali terakhir saya menziarahinya adalah pada Hari Raya Haji lalu.

“Saya baru bercadang untuk menjenguknya tetapi nampaknya tidak kesampaian,” katanya yang berada di Singapura ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Rabu.

Allahyarham meninggalkan suami, Mohd Kadar Sultan dan tiga anak yang berusia di antara 36 hingga 43 tahun.

Kata Rahimah, jenazah penyanyi itu dikebumikan di Pusara Aman Tanah Perkuburan Islam, Choa Chu Kang, Singapura sebelum solat Zuhur, Rabu.

Antara rakan artis seangkatan yang hadir memberikan penghormatan terakhir adalah Fatimah M. Amin, Sanisah Huri dan pelakon Maria Menado.

Beliau pernah popular dengan lagu-lagu antaranya Jelingan Manja, Irama Desa Seberang, Bingkisan Hati Setia, Salam Terakhir, Rayuan Ku dan Jangan Chemburu.  [mStar Online]



Innaalillahi wa innaa ilaihi roji'uun .. wa alFatihah .......

Selebriti-selebriti yang meninggal dunia pada tahun 2013

Ahad, Jun 09, 2013 |  |  | 
Selebriti-selebriti tempatan


Azean Irdawaty meninggal dunia
Primadona  filem Melayu, Azean Irdawaty, 63 tahun meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Petaling Jaya Selangor malam (17 Disember 2013).

Allahyarham menderita sejak lima tahun lalu akibat penyakit kanser dan lymphedema yang dihidapinya.

Difahamkan, pelakon itu meninggal dunia kira-kira jam 8.30 malam di depan suaminya. Khairil Anwar dan juga anak-anak.

Allahyarham merupakan pelakon yang mula mencipta nama sebagai penyanyi pada era 70-an dan namanya meledak di layar perak akhir 70-an setelah membintangi filem Esok Masih Ada arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.

Di layar perak, Azean merupakan pemenang sebanyak dua kali trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia pada tahun 1980 menerusi filem Esok Masih Ada dan Langit Petang pada tahun 1982.

Allahyarhamah cukup dikenali menerusi watak Auntie Zai lakonan terbaiknya dalam filem Layar Lara arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.

Menerusi watak Tok Wan dalam filem Waris Jari Hantu, sekali lagi Allahyarhamah membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik FFM pada 2008.

Filem terakhir lakonannya ialah menerusi filem terakhir arahan Allahyarham Yasmin Ahmad, Talentime pada tahun 2009.

Selain filem, Allahyarhamah turut dikenali di skrin televisyen antaranya drama Aishah 50 Sen, Ratu Jamu, Kembali dan Najihah.

Allahyarhamah meninggalkan suami, Khairil Anwar Z.M Rashidi dan tiga orang anak, Khaeryll Benjamin, Elza Irdalynna dan Inessa Irdayanty.  [Sinar Harian]


Pelakon Ahmad Busu Meninggal Dunia Akibat Strok
Pelakon Ahmad Busu Meninggal Dunia Akibat Strok
Pelakon dan pelawak Ahmad Busu, 60, yang popular pada tahun 80-an meninggal dunia akibat penyakit strok selepas maghrib pada Ahad, di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Berita kematian pelakon komedi yang terkenal melalui watak Mat Deris dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu disahkan oleh Presiden Persatuan Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez yang mendapat perkhabaran itu daripada sahabat baik allahyarham, pelawak Hamid Gurkha.

Sementara itu, rakan baik Allahyarham pelawak Imuda, 53, berkata jenazah akan dibawa pulang di kediamannya di Taman Seri Andalas, Klang dan dikebumikan pada pagi Isnin.

"Saya dapat tahu tentang pemergian Allahyarham daripada salah seorang anaknya kira-kira selepas maghrib tadi, buat masa ini jenazah masih di hospital.

"Saya difahamkan jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya dan akan disembahyangkan di Masjid Lipat Kajang, Seri Andalas, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam," katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu dan juga tiga orang anak.  [mStar / Utusan Malaysia]

Noreen Noor meninggal dunia

Pelakon dan penyanyi era 80-an, Noreen Noor, 54, meninggal dunia pada pukul 5.50 pagi Selasa di Hospital Ampang Puteri, Selangor.

Menurut penyanyi Norshila Amin, Allahyarham meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.

Jenazah akan dikebumikan di Kampung Pulai, Serkam, Merlimau, Melaka selepas solat Zohor.

Menurut Norshila, Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada malam Isnin dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum disahkan meninggal dunia awal pagi ini.

"Hanya rakan-rakan rapat sahaja mengetahui keadaannya dan berita kehilangannya sangat mengejutkan kerana Allahyarham seorang yang ceria," ujarnya.

Noreen pernah popular menerusi lagu Siang Terbayang Malam Merindu.  Selain menyanyi, beliau juga popular di layar perak. Filem pertama lakonannya, Talak pada tahun 1980.

Antara filem lain yang pernah dibintanginya adalah Hantu Siang, Wira Angkasa dan Pelumba Malam.

Allahyarham meninggalkan dua orang anak.. - 22/10/13  [Mstar]


Pelakon Maimon Mutalib meninggal dunia

Pelakon veteran Maimon Mutalib meninggal dunia pukul 2.20 petang, 7 September 2013, di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam.

Allahyarhamah menghembuskan nafasnya yang terakhir setibanya di rumah selepas dibenarkan keluarkan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya.

Allahyarhamah disahkan menghidap kanser payu dara tahap keempat pada 2012.

Pelakon drama dan filem terkenal itu meninggalkan lima orang anak, Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.  [Astro Awani]



Rosnah Mohd Noor meninggal dunia

Pelakon popular tahun 1980-an, Rosnah Mohd Noor meninggal dunia pada 4 Ogos, pukul 2.55 petang di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beita itu dimaklumkan rakan Allahyarhamah, Zaridah Ishak.  "Rosnah sudah pun meninggal dunia pada pukul 2.55 petang tadi. Dan kini saya bersama keluarganya sibuk menguruskan jenazah. Buat masa ini kami belum pasti lokasi pengebumiannya.

"Kami sedang berbincang," katanya lapor mStar Online.

Terdahulu, mStar Online pada 27 Februari lalu pernah melaporkan Rosnah dimasukkan ke HKL apabila tulang pada bahagian paha kirinya patah akibat kesan komplikasi pelbagai penyakit termasuk kanser payudara yang dihadapinya sebelum ini.

Allahyarhamah sering mendapatkan rawatan di HKL akibat penyakitnya itu.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia seni, Rosnah telah berlakon beberapa buah filem antaranya Hantu Siang (1986), Di Ambang Kasih (1984), Aku Yang Berhormat (1983), Esok Untuk Siapa (1982) dan Ribut Di Hujung Senja (1982).

Hasil perkahwinannya dengan penyanyi dangdut Iwan, beliau dikurniakan tiga orang anak iaitu Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22, dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20.

Wan Ramada sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Australia manakala anak bongsunya pula belajar di sebuah kolej swasta Kuala Lumpur.

Rosnah turut memiliki seorang cucu yang berusia setahun hasil perkahwinan anak keduanya.  [Sinar Harian]

Latifah Omar meninggal dunia

9 Jun 2013 - Seniwati Latifah Omar dilaporkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), kira-kira pukul 6.20 petang tadi.

Latifah Omar meninggal dunia

Allahyarhamah sebelum ini dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HUKM setelah menjalani pembedahan akibat penyakit ulser.

Pelakon veteran yang berusia 74 tahun itu dimasukkan ke wad setelah mengadu sakit perut dan mengalami muntah-muntah pada Khamis lalu sebelum dibawa ke hospital.

Menurut pelakon veteran, Datuk Mustapha Maarof yang juga rakan baik Allahyarhamah, seniwati yang merupakan pelakon era tahun 1950-an itu sebelum ini telah menjalani pembedahan pada bahagian perutnya dan tidak sedarkan diri selepas pembedahan tersebut.

Allahyarhamah yang suatu masa dahulu sering digandingkan dengan seniman Nordin Ahmad di layar perak pernah membintangi banyak filem antaranya Panggilan Pulau, Laila Majnun, Gurindam Jiwa, Bawang Putih Bawang Merah dan Naga Tasik Chini.  [Sinar Harian , Kosmo ,Utusan Malaysia]

S. Shamsuddin meninggal dunia

S. Shamsuddin meninggal dunia
4 Jun 2013 - Pelakon komedi Singapura seniman S. Shamsuddin meninggal dunia jam 10.56 pagi tadi. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura.

Berita sedih ini dimaklumkan oleh anak allahyarham, Noredah S. Shamsuddin.

Pelakon komedi era P.Ramlee ini pernah membintangi lebih 25 buah filem. Antaranya terkenal menerusi filem Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok dan Penyamun Tarbus.

Filem terakhir lakonannya berjudul Eee...Hantu!!!!! arahan Majed Salleh.     [Sinar Harian , Kosmo]


Datuk Yahya Sulong meninggal dunia
6 Februari 2013 - Pelakon veteran dan pelawak, Datuk Yahaya Sulong, 84, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur hari ini akibat sakit tua dan menghidap komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma.
 
Presiden Seniman Malaysia Rozaidi Jamil atau Zed Zaidi ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan berkata Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 6:45 petang.
 
"Malam ini jenazah akan dibawa untuk dimandi dan disemadikan di Teluk Intan, Perak," katanya.
 
Filem pertama lakonan Yahaya ialah Abu Nawas dan sehingga kini beliau telah berlakon dalam 24 buah filem.
 
Antara filem lakonannya dalam era 80-an sehingga kini termasuk Gila-Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du, Toyol, Prebet Lapok dan Senario The Movie.
 
Allahyarham juga popular dengan sitkom televisyen seperti Hang Setia bersama Allahyarham R.Jaafar, Param dan Hamid Gurkha serta siri Si Jantung Hati.
 
Allahyarham mempunyai 11 orang anak dan meninggalkan balu, Datin Alisah Ali (telah meninggal dunia juga pada 12 April 2013).
 
Keluarga berkenaan menetap di Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul.   [Bernama , Tupai]


Innaalillah ..  Al-Fatihah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan