Rabu, 5 Mac 2014

Kes bunuh Mona Fendi (Part 23, 24 dan 25)

Kes bunuh Mona Fendi (Part 23)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack

 
MAZNAH Ismail atau Mona Fandey memilih untuk memberi
kenyataan dari kandang orang kena tuduh tanpa boleh dicabar
oleh sesiapa di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.

Dalam keterangannya sebelum ini, Mona berkata dia dan
suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman kelam kabut pada malam
pembunuhan Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris, 2 Julai 1993.

Menurutnya, mereka masuk ke kereta Mazlan bernombor
pendaftaran CAA 5115 dan terus ke Hotel Plaza, Kuala Lumpur




Mona meneruskan kenyataannya.
MONA: Sampai di Hotel Plaza, kami telefon abang Ku Yahya
(Tengku Yahya Tengku Abdullah).

Seperti mana suami saya (Mohd Affandi Abdul Rahman) telah
terangkan (di mahkamah), dari Hotel Plaza kami ke Pudu pada
keesokannya.

Selepas ke Pudu kami ke Melaka, seperti mana suami saya
terangkan.

Selepas itu kami bawa kereta (Mercedes Benz) MU 280 dari
Melaka ke Park Royal.

Selepas itu, kereta itu dibawa repair (baiki), tukar tayar baru,

dibersihkan. Kami berada di Park Royal seperti mana suami saya
terangkan di mahkamah ini.

Selepas itu, Tengku Yahya datang ke Park Royal. Seperti yang
suami saya katakan memang niat nak cerita, tak jadi nak cerita.

Selepas itu saya bersama abang dan anak saya (Mazdiana
Affendy) pergi shopping (membeli-belah) di Lot 10 (Kuala
Lumpur).

Selepas itu saya pun balik (ke hotel). Seperti mana suami saya
terangkan pada 8 hari bulan (8 Julai 1993) kami ke (Kampng
Peruas), Ulu Dong ambil surat beranak, surat nikah dan surat
peribadi saya.
Kami balik sekejap, lebih kurang 20 minit.

Kami dengan Tengku Yahya, semua.

Di Park Royal ke Hospital Tung Shin. Selepas itu kami sewa
di SUJ, USJ yang suami saya sebutkan. Sewa sebuah rumah.

Pada 20 dan 21 Julai 1993, saya ditangkap di rumah saudara
saya, Tuan Ibrahim, Komando Bukit Aman.

Saya, suami saya, anak saya Mazdiana Affendy, bekas Mejar
Azmi, abang ipar saya. Di mana suami saya telah terangkan
di mahkamah ini.

Kami dibawa ke Balai Polis Jalan Hang Tuah (Kuala Lumpur)
pada 21, 22 (Julai 1993).

Di situ seperti mana suami saya terangkan kami berpisah.





Pada malam itu, saya dibawa balik ke rumah saya (di USJ,
Subang Jaya) merampas segala barang saya.

Saya cakap pada Tuan Mahpop beg itu banyak barang penting.

Tuan Mahpop dan anggota lain membawa dua lori tayar besar.

Saya dibawa ke rumah saya, mula-mula saya tak tahu tujuan
dibawa saya ke situ.

Saya tidak tahu tujuan dibawa saya ke situ. Polis arahkan saya
duduk diam, suruh tengok-tengok saja, jangan cakap-cakap.

Saya kata, Tuan kalau nak ambil beg itu pergilah beritahu
suami saya, tangkap sama-sama kerana beg ini suami saya
punya.

Malam itu dia ambil semua barang-barang, langsir, walau
apapun.

Saya pun ada melawak, kenapa tak kopak simen dan bubuh
dalam lori. Dia orang diam aje.

Selepas itu saya pergi ke Bukit Aman, baru jumpa suami saya
dan anak saya, Mazdiana.

Saya dibawa ke (Balai Polis) Jalan Travers (Kuala Lumpur) pada
23 Julai 1993.

Saya memberi caution statement (percakapan beramaran)
kepada Idros Ayob, ASP (Penolong Penguasa) pada
jam 4.15 petang. Empat suku, empat lima belas minit,
serupakan.


Pada 24 Julai 1993, saya diambil lagi oleh orang yang sama.

Saya katakan Yang Arif, pada 13 Ogos 1993, saya tak bagi
caution statement kepada Tuan Takbir (Timbalan Penguasa
Takbir Ahmad Nazir Mohd).

Pada 13 dan 14 Ogos 1993 saya tidak memberi apa-apa
percakapan, walau apa juga.

Hanya saya hendak mengadu pada Tuan Takbir. Saya mengadu
bagai bapak dan anak.

Saya mengadu, jangan seksa saya dalam bilik gelap, bilik itu
kecil, tak ada tingkap, tak ada masuk angin, torture (dera) saya,
jika tidak silap ingatan saya dari 25, 26, 27, 28, 29, 30
(Julai 1993) sampai 10 Ogos (1993).
Tak tahu berapa lama, Yang Arif, tapi dia tak kesian dengan
saya.

Makan tak tentu arah, tidur di (Balai Polis) Jalan Travers.

Dengan sakit saya, saya berkali-kali cakap dan saya dibawa
ke Bukit Aman setiap hari.

Tiada off, penat macam mana, merangkak pun pergi.

Saya tak minta simpati dari tuan-tuan.

Saya katakan Tuan Takbir menganiaya saya. Takkanlah saya
nak sua leher saya ke tali gantung.

Saya tidak beri apa-apa pun percakapan kepada Takbir. Ini
libatkan semua tiga ekor. (Mona, Affandi dan Juraimi Husin).

Mentang-mentang dia ada besi atas bahu (pangkat). Dia tidak
ingat kita ini manusia, akan mati. Tiada orang tongkat langit,
Yang Arif.

Ada suatu ketika, saya tidak ingat hari bulan dan jam. Tuan
Takbir ambil kayu tiga kaki setengah.

Tuan Takbir ambil kayu itu dan tunjukkan kepada saya dan kata
aku tahu kau dan laki kau bunuh Mazlan.

Dia tengking saya, sampai saya terketar-ketar.

Adakah dia tahu kesopanan dan kesusilaan apa dikatakan
Rukun Negara tadi.

Saya kata, sebagai OKT seperti saya sudah tentulah Orang
Kena Tuduh, OKT, sama ada salah atau tidak itu bukan hak dia.

Saya kata inilah tempatnya (mahkamah), saya bercakap benar.

Saya rujuk keterangan saya, yang mana kata-kata kotor yang
dilemparkan atas muka saya.

Saya rasa tak payah sebut, masa saya angkat sumpah...

Yang Arif.

Affandi mana..., dia kata saya macam itu.

Hoi Mona, berapa banyak Menteri dan VIP dah kau...Dengarkah?
Saya terdiam, jangan cakap tengking-tengking dengan saya.
(Kali ini Mona dapat mengawal perasaannya daripada menitiskan
air mata, ketika sesi perbicaraan dalam perbicaraan Mona
menangis).

Dalam bilik itu, ada empat lelaki dan hanya seorang saja
perempuan, perempuan pun perempuan polis juga, termasuk
Tuan Takbir, enam orang semuanya.

(Mona berhenti seketika. Dia kemudian membuka cekak
rambutnya berwarna hitam, kemudian menyisih rambut
di bahagian hadapan kepalanya.

Kemudian dia membongkokkan kepalanya sambil menunjukkan
parut di bahagian itu).




Inilah masa saya sakit, ketua juri boleh tengok, dicucuk macam
kuih. Dah setahun maklumlah, tinggal parut.

Yang Arif sesungguhnya seikhlas hati saya memberi keterangan
ini. Saya mengakhiri saya tidak langsung rancang atau pakat
apa-apa sekalipun.

Oleh kerana gara-gara Juraimi, terima kasih.
Mona bukan saksi pembela, dia hanya memberi keterangan.
Jadi tiada soalan balas untuknya
Selepas itu, pendakwa serta penguambela tertuduh membuat
penggulungan kes. Tamat penggulungan kes - tujuh juri bersidang
untuk memutuskan sama ada Juraimi, Affandi dan Mona didapati
bwesalah atau tidak membunuh Datuk Mazlan.

Kes bunuh Mona Fendi (Part 24)

Berikut merupakan testimoni seorang wartawan yang pernah mengikuti secara langsung kes pembunuhan yang pernah menggemparkan negara kira-kira 17 tahun lalu.

Sumber: forum www.cakap.net sebagaimana yang diceritakan oleh username WebZone-_-Attack


AKU dah bawakan keterangan saksi dan ketiga-tiga kes bunuh
Datuk Mazlan idris di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1994 dan
1995.
Perbicaran yang pada awalnya boleh diselesaikan dua bulan
berlarutan sampai enam bulan.
Kali ini aku bawakan dulu hujah penggulungan peguambela

tertuduh pertama, Juraimi Husin.

Bekas Adun Batu Talam, Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris,
menjadi korban pembunuhan untuk ilmu hitam berdasarkan
kematiannya yang luar biasa.

Peguambela Karam Singh Bhal berkata,
saksi pendakwa kelapan
, Perunding Kanan Forensik
Hospital Kuala Lumpur, Dr Abdul
Rahman Yusof telah memberi
keterangan terperinci bagaimana
jasad Mazlan dipotong 18 bahagian.

"Selepas meneliti cara jasad itu
ditemui serta keadaan
potongan bahagian itu, satu
manifestasi menarik timbul,
di mana kematiannya adalah satu
pembunuhan untuk korban
ilmu hitam, orang bomoh.

"Di sini, kami hendak menyoal
siapakah bomoh dalam kejadian
itu?

"Tertuduh kedua (Mohd Affandi
Abdul Rahman) mengaku dia
dan isterinya (Maznah Ismail atau
Mona Fandey) adalah bomoh,
sedangkan Juraimi tidak mengaku
dia seorang bomoh," katanya.

Katanya, pembunuhan Mazlan di rumah tidak bernombor
di Kampung Peruas, Ulu Dong dipercayai berlaku tengah malam
menjelang 3 Julai 1993.




"Ini bermakna pembunuhan itu berlaku sekitar tengah malam,
masa sesuai untuk membuat korban bagi syaitan mengikut
cerita dongeng, misteri dan kebanyakan kitab suci," katanya.

Seorang peguambela Juraimi, Ikmal Hisam Idris pula berhujah,
tiga tetakan pada tulang keempat dengan potongan bersih dan
licin; luka hirisan bersih; daging dicerai daripada tulang, abdomen
dihiris serta zakar hilang, bukanlah perbuatan yang datang

sendiri daripada Juraimi.

Menurutnya, perkara itu dilakukan untuk pembomohan, yang datang

sendiri daripada Juraimi.




Menurutnya, perkara itu dilakukan untuk pembomohan, yang
mana Affandi dan Mona sendiri mengaku
mereka adalah bomoh.

"Jika Juraimi berniat membunuh Mazlan
kerana dendam seperti yang dicadangkan
oleh Gulam (Mustaffa Nadar Ali Khan),
adalah tidak munasabah Juraimi
melakukan ini semua, cukup dengan
memenggal kepala Mazlan," katanya.

Ikmal Hisam berkata, perbuatan seperti
ini tidak akan datang daripada Juraimi
sendiri kecuali fikiran tertuduh pertama
tidak stabi.
Ikmal Hisham dan Karam singh juga
berhujah pembunuhan Datuk
Mazlan mempunyai kaitan dengan niat
untuk membolot harta
dan wang ringgit bekas Adun Batu
Talam itu.

Menurut mereka, Juraimi Husin tidak mempunyai sebarang niat
atau motif untuk membunuh Mazlan.

Malah, kata mereka, tertuduh pertama tidak mendapat sebarang
imbuhan lumayan daripada tindakannya membunuh Mazlan pada
malam 2 Julai 1993.

Ikmal Hisham berkata, keterangan saksi menunjukkan, Juraimi
tidak terbabit dalam sebarang kegiatan yang dilakukan oleh
tertuduh kedua, Mohd Affandi Abdul Rahman dan Maznah Ismail
atau Mona Fandey.

Katanya, Juraimi tidak terbabit dalam penubuhan syarikat
Diana Dignity Sdn Bhd, pembelian barang kemas, perabot dan
perkakas elektrik serta rancangan menukar milik tanah dan
kereta Mazlan yang membabitkan pasangan itu.

"Semua ini dilakukan tanpa kehadiran atau pengetahuan
tertuduh pertama," katanya.

Karam pula berkata, Juraimi tidak mendapat apa-apa ganjaran
daripada pembunuhan yang dirancang oleh Affandi dan Mona.

Menurutnya, tertuduh ketiga hanya diberi RM1,680, termasuk
RM1,000 untuk makanan itik selepas malam pembunuhan.

"Di sini terbukti, Juraimi tidak mempunyai sebarang motif atau
niat untuk membunuh Mazlan," katanya 

Kes bunuh Mona Fendi (Part 25)


PEGUAMBELA Ikmal Hisam Idris yang membela tertuduh pertama
dalam perbicaraan kes bunuh bekas Adun Batu Talam, Juraimi
Husin, menggulung hujahnya di Mahkamah Tinggi Temerloh pada
1995 :

Di dalam kes yang berada di depan kita ada dua isu yang perlu
penjelasan dan keterangan lanjut.

Isu pertama dalam kes ini adalah sama ada Orang Kena
Tuduh (OKT) pertama (Juraimi) mempunyai niat bersama seperti
yang diterangkan dalam Seksyen 34 Kanun Keseksaan untuk
melakukan pembunuhan ke atas bekas Adun Batu Talam,

Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idris bersama-sama dengan OKT
kedua (Mohd Affandi Abdul Rahman) dan OKT ketiga (Maznah
Ismail atau Mona Fandey).

Isu kedua ialah adakah pembunuhan itu yang dilakukan oleh
Juraimi menyebabkan OKT pertama dijatuhi hukuman di bawah
Seksyen 302 kanun yang sama jika sabit kesalahan.

Kata kunci di sini adalah niat yang membawa maksud hajat
atau tujuan.

Apabila kita mengatakan hajat atau tujuan ianya membawa
erti pula kepada sesuatu yang akan diperolehi atau didapati
sebagai imbuhan niat itu.

Ia mestilah mempunyai rantaian penyebab atau 'chain of
causationer'.

Sebagai contoh, dalam kes ini niat membunuh Mazlan
mempunyai rantaian iaitu untuk membolot harta serta wang
ringgitnya.

1. Persoalannya apakah niat Juraimi membunuh Mazlan?

2. Adakah Juraimi mendapat keuntungan daripada pembunuhan
itu?

3. Apakah natijah pembunuhan itu terhadap Juraimi?

Persoalan ini telah pun dijawab oleh saksi pendakwa dan
pembela.

Juraimi tidak mempunyai sebarang
niat jahat untuk membunuh
Mazlan. Niat jahat hanya ada pada
Affandi dan Mona saja.

Ini jelas kerana daripada keterangan
saksi pendakwa ke-20,
Azmi Abdul Rahman yang mengatakan
dia diminta menubuhkan
syarikat dan memindahkan geran
tanah milik Mazlan. Segala transaksi
itu langsung tidak membabitkan Juraimi.

Saksi pendakwa ke-21, Mohd Nashir
Hussein dan saksi ke-22,
Kong Foo Mun serta saksi ke-33, Abdul
Latiff Ahmad mengesahkan nama
Juraimi tiada dalam apa-apa transaksi
yang diuruskan oleh mereka.

Saksi pendakwa ke-24, pakar bedah plastik, Dr Wong Kang
Seng mengatakan Mona ada menjalankan pembedahan plastik
untuk kecantikan.

Perbelanjaan ini adalah hasil dari wang yang diperolehi
daripada Mazlan, sedangkan OKT pertama ditinggalkan di
(Kampung Peruas) Ulu Dong, dalam keadaan yang serba
kekurangan dan daif.

Saksi ke-28, Tengku Yahya Tengku Abdullah juga mendapat
nikmat daripada Affandi dan Mona.

Di sini jelas menunjukkan individu yang tidak ada kena
mengena mendapat keuntungan seperti Azmi dan Tengku Yahya.

Jika OKT pertama mempunyai kepentingan bersama OKT kedua
dan ketiga, sudah tentu Juraimi tidak ditinggalkan dalam serba
kekurangan.

Ini jelas bahawa Juraimi telah digunakan oleh OKT kedua dan
ketiga.

Saksi ke-39, Tan Teck Seng, seorang pemandu yang baru
dikenali juga mendapat nikmat. Dia
telah dijemput untuk menjadi rakan
kongsi untuk perniagaan kereta
terpakai oleh Affandi, sedangkan OKT
pertama langsung tidak dipedulikan.

Demikian juga dengan saksi
pendakwa lain yang mengatakan
bahawa Affandi dan Mona
membelanjakan banyak wang ringgit
untuk kepentingan mereka berdua
serta bermewah-mewah.

Sedangkan Juraimi hanya diberi
pada mula RM180 dan kemudian
RM1,500, yang mana RM1,000 untuk
beli makanan itik dan RM500 untuk
makannya.

Di sini jelas dilihat taraf permakanan itik adalah lebih tinggi dan
baik daripada taraf Juraimi sendiri.

Oleh yang demikian apakah niat Juraimi membunuh Mazlan?

Saya berhujah OKT pertama membunuh Mazlan tanpa sebarang
niat kerana Maxim `Actus non facit reum nisi men sit rea' tidak
ada pada OKT pertama.

`Men rea, guilty mind' atau suatu pemikiran jahat adalah
penting dalam kes jenayah, tetapi ini tiada pada Juraimi.

Walaupun dalam kes bunuh, motif tidak penting, tetapi motif
adalah penting untuk menentukan sama ada OKT pertama
bersalah mengikut Seksyen 302 atau Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Juraimi ketika melakukan pembunuhan itu berada dalam
keadaan yang dia sendiri tidak dapat mengawal perbuatannya.

Juraimi telah mengatakan dia tidak sedar apa yang dilakukannya
sebelum kejadian (malam pembunuhan pada 2 Julai 1993) dan
hanya sedar semula setelah Affandi berjumpa dan menyentuhnya
dia di Balai Polis Raub pada 22 Julai 1993.

Di mana OKT pertama secara spontan dan sukarela memberi
kerjasamasepenuhnya kepada polis seperti keterangan saksi
ke-56, Penolong Penguasa Mahpop Jaafar.

Keterangan yang mengatakan Affandi menyentuh Juraimi
disokong oleh saksi pendakwa ke-57, Timbalan Penguasa Takbir
Ahmad Nazir Mohd.

Keterangan ini nampak mudah, tetapi penting untuk menunjukkan
bahawa OKT pertama adalah di bawah kuasa OKT kedua kerana
ini dibuktikan sendiri oleh Affandi dalam keterangannya.

Affandi dengan bangga mengatakan bahawa dia telah memberi
air jampi kepada OKT pertama, lalu Juraimi boleh bersilat.

OKT kedua berkata lagi, dengan minum air jampi seseorang itu
tidak boleh membuka langkahnya sendiri ikut sesuka hati.

Affandi juga berkata bahawa dengan sekali sentuh OKT pertama
boleh menidurkan ayam.

Apabila ditanya dalam pemeriksaan balas, adakah untuk
memulihkan semula ayam ini juga perlu disentuh Affandi
menjawab, ya.

Untuk itu, mahkamah mestilah melihat perkara ini dalam skop
yang lebih luas iaitu adalah dipercayai sebelum kejadian OKT
kedua telah memberi air jampi kepada OKT pertama, supaya
Juraimi menurut saja apa yang diarahkan kepadanya.




Affandi turut menyentuhnya supaya lupa apa yang berlaku
sehinggalah disentuh sekali lagi
pada 22 Julai 1993, yang mana
OKT pertama sedar semula.

Menurut Mahpop, pada 19 Julai 1993,
dia ke tempat kejadian bersama OKT
pertama, tetapi Juraimi sendiri tidak
tahu apa tujuan dibawa ke sana.

Pada hari itu, Mahpop mengambil
pita video dan sijil-sijil saham yang
disimpan dalam laci almari besi
kepunyaan Affandi, tanpa ditunjuk
Juraimi.

Mahpop apabila ditanya Gulam,
berkata Juraimi tidak memberi
kerjasama seperti 22 Julai 1993.

Apabila saya menyoal balas Mahpop
sama ada OKT pertama patuh kepada OKT kedua, saksi ke-56
itu bersetuju.

Ini membuktikan bahawa OKT pertama adalah di bawah kuasa
OKT kedua.

Saksi ke-39, Tan Teck Seng juga mengatakan Juraimi patuh
kepada Affandi.

Keterangan OKT pertama adalah apa yang sebenarnya berlaku
dan dia adalah seorang saksi jujur berbanding keterangan OKT
kedua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan