Selasa, 18 Mac 2014

10 TOP LIST PENJENAYAH PALING KEJAM DI MALAYSIA

botak chin

1. Botak Chin

Wong Swee Chin adalah nama sebenarnya. Botak Chin tidaklah berkepala botak sebaliknya nama itu 
adalah gabungan perkataan BO TAK CHIN dalam bahasa hokkien membawa maksud Tiada (BO) 
Kerja (TAK) CHINA (Chin) atau 'jobless chinese'. Pada tahun 1967, Botak Chin mula terbabit dalam
kumpulan Geng 360 di Kuala Lumpur dan melakukan jenayah seperti merompak dengan menggunakan 
senjata api yang dirampas oleh kumpulannya atau dibeli di Thailand dengan menggunakan wang hasil dari 
rompakkannya. Pada September 1969, dia mula menubuhkan geng sendiri. Melakukan lapan rompakan pada 
bulan itu tetapi akhirnya ditahan polis dan dipenjara tujuh tahun. November 1974 selepas dibebaskan 
dari penjara dia memulakan kehidupan baru sebagai sebagai penjual sayur tidak ianya langsung tidak 
memuaskan hatinya. Oleh itu, Botak Chin kembali aktif dengan menubuhkan geng baru yang dianggotai 
Ng Cheng Wong (Ah Wong), Beh Kok Chin (Pangkor Chai) dan Teh Bok Lay (Seh Chai). Kegiatan rompakan
oleh mereka semakin aktif seperti di pusat perjudian haram di Sentul, sebuah bank di Jalan Imbi
Kuala Lumpur, kuil Cina di Jalan Kolam Ayer Kuala Lumpur, sebuah bar di Sentul, di Kelab Kereta api Sentul
dan juga di Kelab Lumba Kuda sekitar Kuala Lumpur. Segala hasil rompakan digunakan untuk membeli lapan
senjata api dan peluru di Thailand. Kedudukannya sebagai ketua mula terancam oleh anggotanya sendiri,
Ah Wong, dan Ketua Geng Lima Jari Gunung, Tua Pui Lek. Kedua dua mereka ditemui mati ditembak di
kawasan lombong tinggal di Jinjang. Orang kanannya, Seh Chai, pula mati membunuh diri selepas dikepung
polis di Jalan Alor. Awal 1976 Botak Chin mengambil anggota baru, diikuti tiga rompakan dengan wang yang 
dilarikan kira-kira RM400,000. Pada masa sama, tujuh orangnya mati ditembak selain ada yang ditangkap.
Polis juga berjaya merampas senjata api, peluru dan bom. Pada 22 November 1975, kejadian berlaku di 
malam hari. Sebuah kereta Datsun hijau yang dinaiki oleh Botak Chin dan ahli gengnya yang lain mengekori 
rapat sebuah kereta yang dinaiki oleh pegawai kanan polis, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala
Lumpur, Deputi Superintendan (DSP) S Kulasingam. Pegawai berkenaan adalah sasaran mereka. Setiba di lampu 
isyarat Jalan Davis-Jalan Pekeliling, kereta Datsun berkenaan bergerak pantas menghampiri kenderaan yang 
mereka ekori. 18 tembakan dilepaskan bagi ‘menghapuskan’ DSP S Kulasingam. Dentuman demi dentuman 
dilepaskan hingga mengejutkan orang ramai di sekitar kawasan berkenaan. Matlamat kumpulan lelaki itu hanya 
satu iaitu membunuh seorang pegawai kanan polis di tempat terbuka. Bagaimanapun, tindakan ‘gila’ penjenayah 
itu gagal berikutan hanya satu das tembakan mengenai Kulasingam. Sebaliknya pegawai polis itu masih
berupaya memandu ke Balai Polis Cheras, tidak jauh dari lokasi itu. Keesokannya, terpampang pada dada
akhbar bahawa cubaan membunuh itu gagal. Serangan mengejut terhadap Kulasingam menyebabkan pihak
polis bertekad untuk menahan dan membasmi jenayah pemuda itu. Satu pasukan khas ditubuhkan polis.
Beberapa pegawai polis yang pakar memburu penjenayah daripada beberapa ibu pejabat polis
daerah dipanggil menganggotai pasukan itu dan tugas mereka adalah menjejak pergerakan geng Botak Chin.
16 Februari 1976, episod akhir pemburuan polis membawa mereka ke sebuah kilang papan di Jalan Ipoh,
Kuala Lumpur. Polis mula mengepung kilang berkenaan dan menunggu kemunculan Botak Chin. Sebuah kereta
Mazda putih masuk ke kawasan kilang. Sebaik berhenti, tiga lelaki keluar daripada kereta itu dan seorang
daripada mereka ialah suspek buruan, Botak Chin. Penjenayah ganas itu lengkap bersenjata selain
memiliki dua bom tangan. Langkah dan perlakuan seperti biasa meyakinkan pihak polis bahawa kumpulan
penjenayah terbabit tidak menyedari kehadiran mereka. Dengan pantas pihak polis bertindak, empat pasukan
menggempur masuk ke kawasan kilang dan berlakulah pertempuran antara penjenayah dan polis,
masing masing melepaskan tembakan. Botak Chin ditembak pada kaki dan tangan kanan. Manakala pengikut
pengikutnya yang lain telah mati ditembak. Babak keganasan penjenayah itu berakhir apabila Botak Chin
yang berada dalam keadaan tersepit menyerah diri dalam operasi penuh bahaya itu. Botak Chin ditahan
selama setahun sebelum mengaku bersalah apabila dihadapkan ke mahkamah terhadap dakwaan
mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa kepada hukuman mati mandatori.
Ketika menunggu dihukum gantung, Botak Chin terus menunjukkan sikap ganasnya apabila menyerang dan
mencederakan pegawai penjara termasuk menggunakan senjata tajam sebanyak dua kali. Botak Chin
dihukum gantung sampai mati pada 11 Jun 1981 di Penjara Pudu, Kuala Lumpur.


Bentong Kali

2. Bentong Kali

Penjenayah yang amat dikehendaki sekitar awal tahun 1990 an. P. Kalimuthu atau digelar Bentong Kali
(tempat asalnya) terkenal dengan sikap barannya yang suka membunuh orang ramai secara sesuka hati.
Puluhan orang awam tidak bersalah menjadi mangsa tanpa sebarang sebab disamping turut terlibat dengan
aktiviti dadah dan rompakan. Keganasannya amat melampau hingga beliau masih membunuh orang awam
walau ketika polis telah melancarkan operasi seluruh negara untuk menangkapnya yang dikenali sebagai
'Ops Buncit'. Rekodnya adalah 16 kes pembunuhan sehingga polis menawarkan ganjaran RM100,000 kepada
sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya penjenayah kejam itu. Penjenayah mula
terjebak dalam kegiatan jenayah seawal usia 14 tahun iaitu selepas dia meninggalkan alam persekolahan
pada tingkatan satu. P. Kalimuthu menyertai Kumpulan kongsi gelap Cina 04. Pernah dipenjara ketika usia
19 tahun tetapi dibebaskan tidak lama selepas itu. Namun ianya tidak menginsafkan Kalimuthu sebaliknya
kira-kira empat tahun selepas dibebaskan, dia kembali bergelumang dengan dunia jenayah dengan
menyertai kumpulan kongsi gelap India 08. Bersama kumpulan haram dan rakan penjenayah baru, Kalimuthu aktif
mencabar undang undang sekitar ibu kota iaitu di Brickfields, Segambut, Sungei Way dan Ampang. Ditahan
semula pada Julai 1985 mengikut Ordinan Darurat serta pernah di tempatkan di Pulau Jerjak, Pulau
Pinang tetapi dibebaskan pada tahun 1987. Peluang kedua yang diberikan langsung tidak dihiraukannya.
Kali ini dia menubuhkan kumpulan kongsi gelap 04 yang tertumpu di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
Kegiatan yang mereka lakukan adalah seperti mengedar dadah. dan untuk kesalahan itu, Kalimuthu ditahan lagi
pada April 1990 dan didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya. Bagaimanapun, dia terlepas daripada hukuman
apabila bukti tidak cukup untuk mensabitkan kesalahannya. Pada 1991, Kalimuthu dikatakan mula
mengganas kembali dengan melakukan pembunuhan demi pembunuhan sehingga menyebabkan polis mula
melancarkan Ops Buncit pada Jun 1993 untuk menghentikan keganasan lelaki itu. Polis mengklasifikasikan
profil lelaki itu sebagai bukan pembunuh upahan sebaliknya Bentong Kali yang bergerak bersama
pengikutnya sekadar melakukan pembunuhan demi pembunuhan mengikut kehendak nafsu mereka.
Antara pembunuhan yang dilakukan adalah dengan melepaskan tembakan rambang dalam satu majlis sambutan
hari lahir menyebabkan 2 orang maut di tempat kejadian. Juga melepaskan sedas tembakan ke atas seorang
penjual roti canai kerana menegur tindakan kurang ajar Bentong Kali yang kencing berhampiran rumahnya.
Semua jenayah berlaku di kawasan perumahan Taman Tanming Jaya. Ini dikaitkan dengan Bentong Kali kerana
penjenayah itu turut menyewa selama tiga bulan di Taman Tanming Jaya sebelum melarikan diri. Tindakan
P. Kalimuthu menyebabkan penduduk di taman itu hidup dalam ketakutan. Ada antara mereka yang
berpindah buat sementara waktu ke kawasan lain kerana khuatir menjadi mangsa seterusnya. Terbabit
juga dalam kejadian pembunuhan seorang lelaki dan mencederakan seorang lelaki lain di Kampung Sungai Tepi,
Jalan Klang Lama. Penemuan bukti kelongsong peluru 9mm dari pistol Sig Sauer menyebabkan polis mengesyaki
pembabitan P. Kalimuthu atau Bentong Kali dalam kejadian siri pembunuhan berkenaan. Pencarian pihak
berkuasa kemudian berhasil apabila Bentong Kali dikatakan keluar dari persembunyiannya dipercayai untuk
mencari seorang bekas konconya di Jalan Klang Lama. Intipan polis kemudian membawa kepada serbuan
di markas persembunyian lelaki itu di sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Damansara, Kuala Lumpur
pada 29 Jun 1993. Drama tembak menembak berlaku dan akhirnya penjenayah dan tiga lagi rakannya berjaya
ditembak mati oleh polis.


 Mona Fandey

3. Mona Fandey

Maznah Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey, adalah seorang penyanyi pop, dukun, dan
pembunuh dari Malaysia. Dia disabitkan melakukan jenayah berat dengan terbabit dalam kes pembunuhan
seorang ahli politik, Mazlan Idris, pada tahun 1993. Kerjayanya sebagai penyanyi pop tidak bertahan lama,
namun ia masih berjaya menghasilkan satu album. Selepas itu, Mona mula terlibat dalam kegiatan sihir
spiritual yang dikenali sebagai bomoh atau dukun tempatan. Dia menawarkan perkhidmatannya kepada
pelanggan dan sebahagian besarnya daripada masyarakat kelas atasan termasuk ahli ahli politik.
Dikhabarkan bahawa Mazlan Idris, seorang ahli politik Adun Batu Talam, Pahang, telah berjumpa dengan
Mona untuk mendapatkan perkhidmatan darinya. Mazlan Idris pernah menuntut di Amerika Syarikat dan
merupakan seorang ahli politik hebat dan berkuasa dari United Malays National Organisation (UMNO) parti.
Pada saat itu, Mona bekerja dengan suaminya Mohamad Nor Affandi Abdul Rahman dan pembantu mereka
Juraimi Hassan. Mona dan suaminya berjanji untuk membantu Mazlan dengan memberinya beberapa
"benda" yang sama dimiliki oleh bekas Presiden Sukarno demi meningkatkan dan mengekalkan
kekuasaannya. Mona menuntut RM 2.5 juta daripada Mazlan sebagai bayarannya. Oleh itu Mazlan telah
membayar kepada pasangan tersebut dengan sejumlah wang RM 500,000 sebagai deposit dan memberi
mereka 10 sijil tanah sebagai jaminan untuk sisa RM 2 juta. Satu perjanjian telah dibuat diantara mereka untuk
melakukan pembersihan ritual yang akan dilakukan di rumah Mona. Mazlan disuruh berbaring di lantai
sementara Mona menaburkan kelopak kelopak bunga kepadanya. Dia kemudian menyuruh Mazlan untuk menutup
mata dan menunggu wang untuk "jatuh dari langit". Dengan sepantas kilat, Juraimi menghayun sebilah kapak
menghentak Mazlan dan dicincangkan nya seluruh anggota badan Mazlan. Mayat Mazlan ditemui oleh polis
pada 22 Julai 1993 dimana anggota tubuhnya dipisahkan dalam 18 bahagian yang dikebumikan di sebuah
gudang dekat rumah Mona di Pahang. Mazlan dilaporkan hilang pada tarikh 2 Julai 1993 selepas menarik
RM 300,000 dari bank. Setelah pembunuhan itu, Mona dilaporkan telah membelanjakan wang yang
diterimanya dengan membeli sebuah Mercedes-Benz. Namun demikian, sepandai pandai tupai melompat akhirnya
jatuh ke tanah jua. Mona, suaminya, dan Juraimi akhirnya ditangkap dan diadili di Mahkamah Tinggi Temerloh.
Sepanjang persidangan, Mona memperlihatkan perilaku aneh termasuk muncul ceria, terus tersenyum dan
berpose untuk photographer wartawan. Dia berpakaian mewah dengan design yang cerah dan berwarna warni
pada gaun. Dia juga berkata, "saya seperti mempunyai ramai peminat".  Mona juga dilaporkan pernah
mengucapkan kata-kata "Aku Takkan mati" dan masih tenang dan tersenyum. Mahkamah Tinggi mendapati
mereka bertiga bersalah dan menghukum mereka gantung sampai mati. Mona, Affandy, dan Juraimi akhirnya
digantung pada tarikh 2 November 2001 di Penjara Kajang.


pemerkosa terkejam

4. Hanafi Mat Hassan

Hanafi Mat Hassan, 38 tahun, seorang pemandu bas ekspres Kiara telah melakukan dua jenayah besar, rogol dan
bunuh, di dalam basnya sendiri yang bercermin gelap. Mangsa, Noor Suzaily Mukhtar, seorang jurutera
komputer dirogol oleh Hanafi pada 7 Oktober 2000 antara waktu 8.50 pagi di Lorong Pegaga, Taman Chi Liung
dan pukul 9.15 pagi di sebatang jalan di kawasan projek pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang. Selepas
dirogol, mangsa dibunuh kejam. Hanafi yang berasal dari Bachok, Kelantan didakwa mengikut Seksyen
302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa
hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. Perogol telah menjalani
hukuman gantung sampai mati di Penjara Kajang selepas subuh dan mayatnya dibawa ke Hospital Kajang
sebelum dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke Binjai, Kelantan. Jenazahnya kemudian dikebumikan
di tanah perkuburan Kampung Kubur Datu, Binjai.


Geng Azhar Kastam

5. Geng Azhar

Geng Azhar Kastam merupakan kumpulan penjenayah yang beroperasi di Malaysia. Pada 3 Januari 2009,
10 suspek menyamar sebagai pegawai kastam dan polis lalu menyerbu sebuah bengkel kereta di Selat Selatan,
Pandamaran, Pelabuhan Klang , Selangor.  Kononnya mahu melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang
terdapat di situ. Suspek membawa keluar dua buah kereta iaitu Subaru Impreza dan BMW dengan alasan kedua
dua buah kenderaan tersebut perlu menjalani pemeriksaan rekod oleh kastam. Pemilik bengkel
dikatakan diminta membayar wang sejumlah RM50,000 untuk dua kereta itu sekiranya mahu
menyelesaikannya di luar. Pada 7 Januari 2009 jam 4.00 petang, seorang suspek lelaki berjaya ditangkap di
Plaza Tol Batu 11, Kajang yang membawa kepada tangkapan 10 lagi ahli kumpulan berkenaan di Cheras dan
Ampang pada 8 Januari 2009. Semua suspek berusia dalam lingkungan  antara 27 hingga 48 tahun. 8 lelaki dan
3 wanita.


sultan johor bunuh caddy
6. Prebet Adam

Prebet Adam merupakan seorang askar melayu pada sesuatu masa yang lalu. Peristiwa amukan Prebet Adam
pada tahun 1987 sebenarnya berpunca daripada kematian adik kesayangannya. Adik Prebet Adam
merupakan seorang ‘Caddy’ atau penolong pemain golf (individu yang bertanggungjawab mengangkat segala
batang golf) kepada Sultan Johor pada ketika itu. Dikhabarkan, pada suatu hari, ketika sultan Johor sedang
bermain golf, adik Prebet Adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf Sultan Johor ini yang tidak masuk
lubang pada jarak sejangkal. Terkenal dengan sifat panas baran beliau, Sultan Johor ini lantas
bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya yang keras itu kepada adik Prebet Adam tersebut. Dan
secara tidak diduga, adik Prebet Adam mati ditempat kejadian. Disebabkan pada ketika itu raja-raja
Melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa
ada sebarang tindakan undang undang. Sampai sahaja ke pengetahuan Prebet Adam, maka mengamuklah dia.
Pada malam 18 oktober 1987, Prebet Adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama
senjata M-16 nya. Prebet Adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan
kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Dia lari sambil menembak membuta tuli
dan telah terkena seorang cina di hadapan Hankyu danseorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket.
Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow Kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke
Chow Kit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan di merata bangunan
di situ bagi mengesan Prebet Adam namun gagal. Prebet adam dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam
milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran
Prebet Adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelah dikepung oleh polis, Prebet Adam
tetap enggan menyerahkan diri. Dengan kehadiran pegawai Prebet Adam yang berpangkat kolonel atau jeneral,
akhirnya telah berjaya memujuk Prebet Adam untuk menyerah diri. Bagi mententeramkan situasi negara
pada ketika itu, Prebet Adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah
wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan Johor tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon
maaf bagi pihak anaknya.


pemerkosa terkejam, perogol bersiri

7. Ahmad Najib

Ahmad Najib Aris, 33 tahun, bekas pencuci kabin kapal terbang pasrah dan reda setelah hakim mengekalkan
keputusan hukuman gantung sampai mati ke atasnya. Walaupun Ahmad Najib masih boleh merayu kepada
Lembaga Jemaah Pengampunan Selangor sebagai usaha terakhir, namun ianya jarang dapat menyelamatkan
pesalah daripada hukuman tali gantung. Kisah bermula dari sebuah parti keraian. Canny Ong Lay
Kian, 28 tahun, menghadiri majlis makan malam bersama kawan kawannya dan ahli keluarga yang lain pada hari
Jumaat 13 Jun 2003. Ibu Canny, Pearley Viswanathan dan kakaknya Elsie juga turut hadir ke majlis itu.
Kereta mereka diparkir di tempat letak kereta dalam pusat beli belahBangsar yang menempatkan Restoran
Monte, lokasi parti tersebut. Pada 10.30 malam, Canny bersama kakak dan ibunya hendak pulang ke rumah.
Ketika hendak membayar tiker parking di mesin tiket, mereka baru perasan yang tiket tersebut tertinggal
dalam kereta. Jadi Canny pergi bersendirian mendapatkan tiket kereta itu. Dari situlah permulaan kisah yang
membawa kepada kematian Canny. Kamera litar tertutup di bangunan tersebut menunjukkan bahawa kereta
Proton Tiara milik ibu Canny dipandu laju dan merempuh penghadang laluan keluar. Sebelum Canny dirogol,
Ahmad Najib mengakui mengacu pisau kepada mangsa. Tertuduh dalam pengakuannya menganggap hubungan
seks dengan Canny adalah atas kerelaan mangsa. Bagaimanapun, perbuatan Ahmad Najib mengeluarkan
sebilah pisau ditafsir mahkamah sebagai tindakan mengugut bagi membolehkan Ahmad Najib merogol mangsa.
Bukti paling kukuh yang menuduh Ahmad Najib sebagi pesalah adalah apabila ujian DNA terhadap sepasang
seluar jeans yang dipakai Ahmad Najib akhirnya didapati mengandungi percikan darah Canny dan ianya cukup
kuat bagi membuktikan dia bertanggungjawab membunuh mangsa.


Mat Komando

8. Mat Komando
Mat Komando atau nama sebenarnya Ahmad Mohd Arshad, 37 tahun, mengetuai satu kumpulan jenayah yang
dikenali sebagai Kumpulan 13. Kumpulan yang diketuainya telah melakukan lebih 40 rompakan bersenjata di
seluruh negara sebelum ditumpaskan. Mat Komando kekal menjadi satu satunya penjenayah yang telah merompak
Bank BSN dan Pejabat Pos. Anak kedua daripada lapan beradik dari Kampung Selengkoh, Yan ini bukanlah anggota
komando yang cukup terlatih dan berpengalaman luas kerana kerjayanya di dalam perkhidmatan tentera hanya
selama dua tahun. Selepas berhenti daripada perkhidmatan tentera, Mat Komando bekerja sebagai pemandu
lori di Kuala Lumpur. Tugas barunya itu pun tidak bertahan lama dan selepas itu dia sering bertukar kerja
lain seperti menjadi pemandu teksi dan pemandu bas. Mat Komando dikatakan bukan seorang yang bersifat
bengis, keras hati walaupun terlibat dalam kegiatan jenayah. Ramai rakannya juga tidak percaya dia
terlibat dalam perbuatan itu kerana dia jarang bercakap tentang apa yang dilakukannya dan tidak
menunjukkan reaksi keras jika tidak menyetujui sesuatu perkara. Satu sifat yang terdapat pada diri Mat Komando
ialah dia sering membantu orang lain dan kerap membawa balik buah tangan untuk saudara maranya
walaupun nilainya tidak seberapa. Sebelum dia menjadi buruan polis, Mat Komando sempat menyiapkan rumah
baru itu untuk kediaman isterinya dan seorang anak tunggal berusia 10 tahun yang cacat pendengaran.
Mat Komando dikatakan mempunyai ilmu kebal dan mampu menghilangkan diri (ilmu selisih) walaupun telah
dikepung oleh pihak polis beberapa kali walaupun rakan rakanya yang lain mati ditembak polis.
Mat Komando pernah terlepas daripada kepungan polis ketika anggota kumpulan itu pulang daripada bercuti
bersama keluarga dan teman di sebuah pusat peranginan di Tasik Pedu. Mat Komando muncul semula enam bulan
kemudian di Gemas, Negeri Sembilan pada 28 Julai lalu apabila sekali lagi dia bolos daripada kepungan
polis. Rakan sepelariannya, Shukri Husain yang terlepas daripada buruan polis ketika bersembunyi di sebuah
rumah di Gemas, Negeri Sembilan akhirnya menjadi musuhnya. Menurut pihak polis, Mat Komando
dikatakan cuba membunuh Shukri di sebuah kampung di Baling baru baru ini. Shukri yang dibelasah dengan
teruk sempat menyelamatkan diri tetapi akhirnya ditahan oleh polis. Mat Komando telah mati ditembak
menembusi kepalanya dalam satu ops yang dinamakan Ops Api Sawit di Pendang Kedah.


Al Ma'unah

9. Al Ma'unah

Al Ma'unah  adalah sebuah organisasi pengganas militan di Malaysia yang terkenal dengan keberaniannya
melakukan pencerobohan nekad ke atas sebuah kem Rejimen Askar Wataniah pada subuh 2 Julai 2000 dan
melarikan sejumlah besar senjata api daripada stor persenjataan. Kumpulan tersebut kemudiannya mendirikan
pangkalan rahsianya di kawasan hutan berhampiran perkampungan di Sauk, Perak dan terlibat dalam pertempuran
di antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.  Mohamed Amin bin Mohamed Razali yang
merupakan pemimpin kepada 29 ahli kumpulan Al Ma'unah mengetuai misinya untuk menggulingkan kerajaan
Malaysia. Mohamed Amin turut menghantar rakannya untuk meletupkan kilang minuman keras Anchor dan
Carlsberg di Petaling Jaya berhampiran Kuala Lumpur dan kuil Hindu di Batu Caves. Serangan itu
menyebabkan hanya kerosakan kecil sahaja. Ahli kumpulan tersebut, Shahidi dan Khairul Anuar, kemudiannya
diarahkan untuk meletupkan kilang Carlsberg di pinggir kota Kuala Lumpur dengan senjata pelancar bom
tangan yang dirampas daripada kem tentera. Mereka memaklumkan bahawa mereka akan
menyerang Kuala Lumpur sekiranya tuntutan ke atas Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato’ Seri Dr Mahathir
Mohamad untuk meletakkan jawatan dalam masa 24 jam tidak dipenuhi. Pada awal pagi 2 Julai 2000, 20 ahli
kumpulan Al-Maunah menaiki tiga kenderaan Pajero dan bergerak ke Pos 2 Kem Kuala Rhui pada jam 2.50
pagi dan kemudian ke Kem 304 Rejimen Askar Wataniah pada jam 4.15 pagi. Mereka berpakaian pegawai
kanan tentera dan berlagak melakukan pemeriksaan mengejut. Mereka menyatakan ingin mengadakan
pemeriksaan mengejut ke atas jumlah semua peluru yang disimpan di dalam kem tersebut. Mereka berjaya
melarikan sejumlah besar senjata api dan imunisasi, iaitu 97 laras raifal M16, dua laras raifal Steyr AUG,
empat senjata Mesingan Kegunaan Am (GPMG), enam laras mesingan ringan, lima pelancar bom tangan M203,
182 kelopak M16, lapan laras tambahan mesingan kegunaan am, tiga laras tambahan mesingan ringan, 26
bilah pisau benet, 9,095 butir peluru berkaliber 5.56mm dan 60 butir kartus peluru bom tangan berkaliber 40mm.
Anggota geng tersebut kemudiannya menyembunyikan diri di dalam hutan Bukit Jenalik, Sauk, Perak. Amin
mengagih agihkan semua senjata yang dilarikan tersebut kepada orang orangnya untuk dilatih. Bunyi tembakan
yang jarang di dengar oleh penduduk kampung telah menarik perhatian polis. Kumpulan tersebut membuat
persediaan untuk menjayakan rancangan mereka, termasuk mengumpul bekalan makanan dan membawanya
ke dalam pengkalan mereka di Bukit Jenalik. Sepasukan polis dihantar mengepung Bukit Jenalik untuk
menyekat pergerakan mereka. Walaubagaimanapun, dua anggota polis iaitu Sarjan Mohd Shah Ahmad dan
Koperal Detektif Sanghadevan, serta penduduk kampung Jaafar Puteh dan seorang anggota komando
ATM, Truper Matthews anak Medan, telah dijadikan tebusan oleh Al-Ma'unah. Sepanjang 4 hari menjadi
tawanan, anggota pasukan keselamatan  telah diseksa dan dianiaya. Mereka dipaksa menggali parit di
kawasan Bukit Jenalik untuk dijadikan sebagai kubu pertahanan sekiranya pangkalan mereka diserang.
Pada sebelah malam, mereka telah diikat pada pohon durian. Amin mengetahui identiti Truper Matthews,
Amin menyeksa Matthews dengan menembak kakinya. Amin kemudiannya menyuruh Jemari Jusoh
menembak Truper Matthews. Pada pagi 5 Julai 2000, seorang anggota Al Ma'unah, Abu Bakar bin Ismail telah
ditembak oleh pasukan keselamatan. Sebagai tindak balas, Amin dan rakan-rakannya bertindak membalas
tembakan. Semasa tembak-menembak tersebut, Koperal Detektif Sanghadevan telah ditembak mati. Mayat
Sanghadevan kemudiannya dikebumikan bersebelahan Truper Matthews oleh Mohd Shah dan Jaafar.
Kumpulan Al-Ma'unah kemudiannya menyerah diri, dan  Kerajaan Malaysia bertindak memerangi ahli kumpulan
Al-Ma'unah selepas memberi peluang untuk kumpulan tersebut menyerah diri dan menghentikan sebarang
percubaan untuk mendapatkan sokongan awam kepada ahli kumpulan Al-Ma'unah dan menyatupadukan
mereka kembali kepada masyarakat. Mohamed Amin kemudiannya menyerah diri. Sebelum itu,
beliau yang bersenjatakan raifal M16/M203 telah menarik kolar pakaian Leftenan Jeneral Zaini Mohd Said,
komander Tentera Darat Malaysia dan cuba untuk menembaknya dari jarak dekat. Tetapi Jeneral Zaini
bertindak menepis laras senjata Amin dan telah tertembak salah seorang anggota militan. Jeneral Zaini
kemudiannya dianugerahkan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) atas keberaniannya dan
sumbangannya menamatkan keganasan tersebut tanpa mempedulikan nyawa beliau. Dua jam sebelum insiden
tersebut, ASP Abd Razak Mohd Yusoff terlebih dahulu bergerak ke markas tersebut bersama dengan 20
orang anggota pasukan elitnya 69 Komando PGK PDRM menaiki bukit ke arah di Kumpulan Al Ma'unah
berkhemah. Setelah mendapat perlindungan yang sesuai untuk ahli kumpulannya, Abdul Razak bergerak
bersendirian menyelinap masuk ke kubu. Beliau menemui sendiri Ketua Kumpulan Al Ma'unah iaitu Amin.
Berlakulah perdebatan antara Abdul Razak dan Amin yang mengambil masa selama 2 jam dan akhirnya, ketua
kemupulan Al Ma'unah tersebut bersetuju untuk menyerah diri. Maka, setelah Amin setuju untuk menyerah diri
barulah ASP Abdul Razak memanggil Pasukan Leftenan Jeneral Zaini untuk proses perletakkan senjata. Di atas
keberanian dan kebijaksanaan berbincang ASP Abdul Razak telah dianugerahi pingat Seri Pahlawan Gagah
Perkasa (S.P) atas jasanya.


Rasidi Ismail

10. Rasidi Ismail


Tanggal 5 Januari 2010, empat sekeluarga ditemui mati dibunuh dengan kejam dalam dua rumah berasingan 
di sebuah kawasan ladang terpencil di Kampung Batang Rokan, Gemencheh. Dalam kejadian, mangsa, Atan Daud, 
90 tahun, bekas imam Masjid Kampung Batang Rokan ditemui terbaring berlumuran darah berhampiran mayat 
isterinya, Sufiah Keatas, 80 tahun. Mayat Atan ketika ditemui putus tangan kanannya dipercayai ditetak. Mayat
isterinya, Sufiah pula putus tangan kiri. Turut ditemui berhampiran ialah mayat menantu mereka, Ismail Awang, 
76 tahun, dalam keadaan tidak berkepala. Mayat seorang lagi mangsa iaitu anak Ismail, Siti Khadijah, 22 tahun, ditemui dengan pisau tercacak di bahagian dada di rumah bersebelahan. Kejadian itu disedari seorang lagi anak 
Ismail, Siti Mariam, 19 tahun, yang pulang dari sekolah pada pukul 2 petang. Di lokasi kejadian, sepasukan 
anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, unit anjing
 pengesan dan Unit Forensik berada di kawasan ini sejak petang tadi mencari petunjuk mengenai kejadian 
tersebut. Polis menemui senjata yang digunakan dalam kejadian bunuh itu. Sementara itu, polis sedang mengesan
seorang lelaki, Rashidi Ismail berusia 34 tahun yang dipercayai boleh membantu siasatan kes bunuh empat 
sekeluarga ini. Polis menolak sama sekali motif pembunuhan itu sebagai kes samun kerana barang kemas dan 
wang tunai didapati tidak hilang daripada mangsa yang dibunuh. Akhirnya pembunuh kejam yang merupakan 
ahli keluarga mangsa berjaya di tangkap di ibu negara di Stesen LRT Masjid Jamek KL. Semasa penangkapan 
itu, suspek bertindak ganas dan cuba menyerang anggota polis yang ingin menahan dia dengan menggunakan 
sebilah pisau yang dibawanya. Suspek dikatakan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan masalah 
penagihan dadah mengikut data polis. Mengikut maklumat dari keluarga suspek, dia adalah seorang anak yang 
baik tetapi telah putus tunang sebanyak 2 kali dan kebelakangan ini, suspek sering ketawa, menangis dan 
bercakap sendiri. Sebelum itu, kepala seorang mangsa yang dipenggal gagal ditemui oleh pihak polis 
sehingga suspek memberikan hasil maklumat. Kepala bapa kandung yang dipenggalnya telah ditanam 200 meter 
dari pintu masuk utama ke tanah perkuburan Islam di Seksyen 21 Shah Alam. Berikutan dengan kenyataan dari 
Rasidi Ismail yang masih mengekalkan pengakuan bersalahnya atas tuduhan tersebut kerana 
mendakwa dia mendapat arahan untuk bunuh keluarganya itu dari langit. Oleh yang demikian, 
mahkamah Tinggi mengarahkan supaya tertuduh menjalani pemeriksaan di Hospital Permai, Tampoi, 
Johor selama sebulan. Pada 7 September 2010, Rasidi Ismail dibebaskan dari pertuduhan membunuh 
empat orang ahli keluarganya pada 5 Januari lalu oleh Mahkamah Tinggi setelah didapati tidak waras semasa
 melakukan perbuatan tersebut. Rasidi Ismail disahkan menghidap penyakit skizofrenia iaitu mengalami 
halusinasi, ilusi, paranoid dan kepercayaan palsu oleh pakar dari Hospital Permai, Johor. Doktor pakar 
berkenaan turut merumuskan tertuduh tidak sedar ketika kejadian berlaku ekoran terpengaruh kepercayaan 
palsu selepas mendapat arahan tulisan di dinding dan bisikan suara halus. Dengan keputusan itu Rasidi Ismail 
terlepas dari hukuman gantung namun dia diperintahkan ditahan di Penjara Kajang, Selangor sehingga 
diperkenankan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan