Khamis, 6 Mac 2014

KONTROVERSI! Hanez Suraya

Hanez Suraya Akui Bakal Suami Kuat Cemburu

Hanez Suraya Akui Bakal Suami Kuat Cemburu
Hanez Suraya Akui Bakal Suami Kuat Cemburu |Pelakon Hanez Suraya memberitahu sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri dan membataskan aktiviti kerjaya lakonan selepas berumah tangga bagi menjaga perasaan suami.
Hanez, 29, berkata, biarpun belum membincangkan tentang perjalanan kerjaya seninya selepas berkahwin, namun dia akur andainya terpaksa menarik diri dari dunia seni.
“Lepas berkahwin nanti kenalah hormat keputusan suami, sekarang sahaja dia agak cemburu kalau ada sesi fotografi yang memerlukan saya bergambar mesra dengan lelaki, inikan pula berlakon berpelukkan.
“Sejak bercinta dengannya, saya juga sudah tidak boleh keluar malam, kalau keluar siang sekalipun kena balik awal.
“Setakat ini belum ada perbincangan tentang kerjaya, tetapi kalau dia tidak benarkan saya berlakon pasti dia akan gantikan saya dengan sesuatu yang lain untuk dilakukan,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Pelakon Autumn Di Hatiku ini mengakui bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan berasal dari Kuala Lumpur yang berusia 34 tahun pada tahun ini.
Tambah Hanez, dia kini sibuk menguruskan persiapan perkahwinan tersebut dan mencari lokasi yang sesuai untuk majlis ‘raja sehari’ itu.
“Insya-Allah pada tahun ini kami akan berkahwin, tarikh sudah ada tetapi belum boleh diumumkan kerana masih lagi mencari lokasi yang sesuai.
“Kalau boleh saya tidak mahu bertunang tetapi tengok macam mana keputusan keluarga nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Hanez berkata, dia mengimpikan untuk mengadakan majlis bertemakan perkahwinan dalam taman.
Sementara itu, ditanya tentang keistimewaan bakal suaminya itu, Hanez berkata, lelaki itu menunjukkan komitmen yang tinggi untuk mengambilnya sebagai isteri.
“Dia bukan sahaja menunjukkan tanggungjawab kepada saya, tetapi juga kepada keluarga saya.
“Dia seorang yang matang biarpun tidak romantik, namun saya rasa selamat berada di sisinya,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Hanez bakal keluar dengan drama bersiri Autumn Di Hatiku musim kedua di Tonton tidak lama lagi.-mStar

Sebelum Ini, Hanez Menyangkal Dakwaan Dia Bercinta Dengan Suami Orang


    • Big thumb f45b
  • Melalui kenyataannya dalam Melodi, Hanez seolah-olah terkejut apabila didakwa merampas suami orang. Hanez turut menegaskan bahawa dia tidak akan mengambil sebarang risiko jika dia tahu bakal suaminya itu merupakan suami orang.
    Big thumb 065f
  • "Kalau betul saya rosakkan perkahwinan orang kenapa keluarga lelaki itu memberi restu dan dia sendiri yang melamar saya? Saya berkawan dengan R selepas dia bergelar duda dan bukan suami orang," jelas Hanez.


Namun, Hanez Segera Memohon Maaf Setelah Status Sebenar Lelaki Tersebut Diketahui Umum

    • Big thumb 74f1
  • "Saya dengan rendah hatinya ingin memohon maaf mengenai kenyataan berkaitan R seorang duda baru-baru ini. Saya tahu status dan cerita sebenar mereka (status perkahwinan R), tapi tak mahu membuka aib mana-mana pihak sekarang."
    "Saya juga tidak ada hak untuk bercakap mengenai status dan hal peribadinya melainkan ia datang daripada mulutnya sendiri. Apa yang berlaku biarlah tuan punya badan yang bercakap sendiri. Tolong hormati perkara itu," katanya.
  • Hanez Suraya Rampas Suami Saya!

    Hanez Suraya Rampas Suami Saya

    Hanez Suraya Rampas Suami Saya!| Sejak hubungan Hanez Suraya dan jejaka bernama R didedahkan kepada umum baru baru ini, pelbagai spekulasi dan khabar angin yang kedengaran namun kenyataan banyak datang dari mereka yang rapat dengan pasangan ini.
    Menerusi Berita Harian hari ini, isteri kepada R telah tampil ke hadapan untuk memberikan kenyataan dari pihaknya berhubung status rumah tangga mereka sekaligus menjelaskan kesan kehadiran Hanez Suraya dalam hubungan mereka.
    “Saya nak tanya, bila masa saya sah diceraikan? Mana surat cerai? Kena Hanez begitu berani membuat kenyataan sedangkan kami belum bercerai. Kenyataan Hanez bagaikan mencabar saya, seolah olah saya tunggul kayu — sedangkan saya masih isteri R yang sah”
    “Saya tidak pernah terfikir untuk menganggu Hanez apatah lagi menyerangnya — bagaimanapun saya tidak mampu menahan sabar apabila dia memuat naik gambar bersama anak anak saya dalam laman Instagram”
    “Apa tujuannya, mahu menyakitkan hati saya? Tak cukup rampas dan hancurkan rumahtangga saya, nak tambah lagi penderitaan saya? Cukup cukuplah maruah saya disiat siat!” ujar isteri R atau nama sebenarnya Nurliyana Abd Manan.
    Akui Rumah Tangga Bermasalah
    “Saya akui rumah tangga saya dan suami bermasalah tapi apa yang dapat saya katakan konflik rumah tangga kami kian kusut dan huru hara apabila Hanez hadir dalam hidup suami saya”
    “Mereka sudah menjalinkan hubungan sejak lapan bulan lalu — sedangkan rumah tangga kami berantakan baru sahaja enam bulan. Bermakna, rumah tangga kami lintang pukang sejak Hanez menjalinkan hubungan dengan suami saya,” tambahnya lagi.
    Dalam temubual sama, wanita ini juga menunjukkan beberapa keping foto percutian suaminya bersama Hanez Suraya ke Bangkok, Thailand untuk meraikan ulangtahun kelahiran jejaka itu sebagai bukti hubungan mereka yang terjalin.
    “Apa perasaan anda jika berada di tempat saya? Sebagai wanita, ibu dan isteri saya diperlakukan seperti patung bernyawa! Mungkin ini hari saya, esok lusa mungkin giliran anda pula — tolong hormat perasaan saya selagi saya bergelar isteri R,” pesannya kepada Hanez Suraya

    Rita Rudaini Sokong Isteri Kekasih Hanez Suraya

    Rita Rudaini Sokong Isteri Kekasih Hanez Suraya
    Rita Rudaini Sokong Isteri Kekasih Hanez Suraya| Lama-kelamaan kisah kontroversi melibatkan pelakon Hanez Suraya yang dikatakan merampas suami orang menjadi semakin panas apabila isteri kepada kekasihnya itu telah tampil memberi kenyataan di media semalam.
    Menurut ibu kepada dua anak yang hanya dikenali sebagai Ana itu, Hanez dikatakan tidak menghormati dirinya sebagai isteri yang masih sah kepada R dan ibu kepada anak-anaknya selepas pelakon itu memuat naik foto kanak-kanak tersebut di laman sosial di samping mencanang hubungan cintanya sebelum ini.
    Namun Ana nampaknya tidak berdepan masalah ini seorang diri apabila sahabatnya, Rita Rudaini turut memberi sokongan kepada ibu muda tersebut.
    ritaBarangkali cukup memahami situasi yang sedang dialami Ana, Rita menerusi laman Instagram miliknya telah menasihati wanita itu supaya bersabar dan terus tabah demi anak-anak.
    Mungkin Rita boleh dijadikan sebagai contoh terbaik memandangkan pelakon jelita itu sendiri dilihat cukup kuat menghadapi dugaan sebagai ibu tunggal biarpun kes tuntutan nafkah anak-anaknya masih belum selesai sehingga kini

    Hanez Suraya: “Terima Kasih Kerana Menghina Saya”

    hanezsuraya
    Hanez Suraya: “Terima Kasih Kerana Menghina Saya” | “Saya tidak mahu mengulas lanjut buat masa ini. Nantikan sidang media yang akan saya adakan selewat-lewatnya Rabu ini. Saya mohon semua untuk bersabar. Saya bukan nak melarikan diri tapi buat masa ini saya memang tak mahu memberikan komen. Harap semua faham,” jelas Hanez Suraya ketika diminta untuk memberikan komen mengenai pendedahan yang dilakukan isteri kepada kekasih Hanez yang dikenali sebagai Mr. R.
    Menerusi akhbar Berita Harian semalam, isteri Mr. R, Nurliyana Abd Manan mendakwa Hanez menjadi punca keruntuhan rumah tangganya. Selain itu, Hanez juga didakwa merampas suaminya. Selepas pendedahan yang dilakukan Nurliyana, Hanez dihujani pelbagai komen negatif dan hinaan di laman sosial seperti Instagram dan Twitter.
    “Saya tak tertekan tetapi saya sedih. Orang di luar sana yang tidak tahu situasi sebenar begitu cepat menjatuhkan hukum. Saya tidak melatah sebab itu saya tidak respon kepada semua komen di Instagram. Sebab itu saya akan lakukan sidang media. Selepas itu, orang boleh menilai mana satu betul, mana satu salah,” kata Hanez ketika dihubungi GUA.
    “Jangan dengar sebelah pihak. Berikan peluang untuk saya jelaskan nanti. Saya menerima semua jenis nasihat, negatif ataupun positif tapi bukanlah dengan cara menghina ataupun menghukum saya. Ada yang sampai jatuhkan hukum dengan mengatakan saya akan masuk neraka dan sebagainya,” ujar pelakon ‘Sayangku Damia’ ini.
    “Kepada yang memberikan komen melampaui batas untuk saya di laman sosial, terima kasih kerana menghina saya. Saya terima dengan terbuka hati dan redha. Tetapi tolong hormat laman sosial saya. Saya ada hak untuk menyekat sesiapa yang bertindak memberikan komen yang melampau dan keterlaluan. Saya terima semua komen dan hujah yang diberikan dengan positif. Apa yang kurang, saya akan perbaiki,” tutur Hanez mengakhiri perbualan.

    GAMBAR MR R LELAKI YANG DIKAITKAN DENGAN KONTROVERSI HANEZ SURAYA

    Romie Hanez Suraya

    Gambar Mr R Lelaki Yang Dikaitkan Dengan Kontroversi Hanez Suraya | Pelakon Hanez meminta Nurliyana Abd Manan iaitu isteri kepada lelaki yang dikaitkan dengannya memohon maaf secara terbuka kerana memfitnah dia sebagai punca keretakan rumah tangga mereka.
    Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 30, berkata, jika Nurliyana tidak berbuat demikian, dia akan mengambil tindakan kerana perbuatannya telah menjejaskan reputasinya sebagai seorang pelakon.
    "Selepas saya dan keluarga dihina masyarakat, saya harap dia (Nurliyana) dapat membersihkan nama saya dengan memohon maaf kepada saya secara terbuka.
    "Segala dakwaannya mengatakan sayalah menjadi punca keretakan rumah tangga dia dan suaminya langsung tidak benar kerana saya mengenali lelaki berkenaan pada 20 Disember lalu (tiga bulan lalu) sedangkan dia menuduh saya menjalinkan hubungan lapan bulan lepas.
    "Kita lihat dulu sejauh mana respons dia mengenai permintaan saya ini dan jika dian tidak membuat seperti yang saya minta, nantilah tindakan saya seterusnya ," katanya.
    Romie Hanez Suraya
    Hanez ditemui pada sidang media khas yang dianjurkannya bagi menjelaskan isu apabila dia dikatakan bakal berkahwin dengan suami orang.
    Sidang media itu diadakan di Hotel One World di sini pada Rabu.
    Turut hadir peguam Hanez iaitu Wan Nurliyana Abdul Rahman, pemuda yang dikaitkan dengannya iaitu Romie Razin Adilha, 34, bersama peguamnya, Rubiah Jaffar.
    Kontroversi mula tercetus selepas Hanez membuat pengakuan dia bakal berkahwin dengan seorang lelaki berstatus duda yang dikenali sebagai Mr.R dan menjadi punca keretakan rumah tangga pasangan berkenaan.
    Tidak lama kemudian, Hanez telah dihentam oleh seorang individu menerusi laman Instagram miliknya dengan mengatakan kekasih pelakon itu sebenarnya masih suami orang dan mereka belum lagi bercerai.
    Situasi bertambah tegang apabila Nurliyana membuat kenyataan dalam rancangan Melodi terbitan TV3 dan sebuah akhbar pada Ahad lalu yang menuduh Hanez sebagai punca pergolakan rumah tangganya.
    Sementara itu Hanez juga menafikan telah bercuti dengan Romie berdua-duaan ke Bangkok, Thailand pada Januari lalu sebaliknya dia ke negara tersebut atas urusan perniagaan bersama lima orang rakan lain.
    Dalam sidang media yang sama, Romie pula berasa agak terkejut apabila kontroversi tersebut tersebar selain perbuatan isterinya membuat kenyataan di media.
    "Memang saya dan dia belum bercerai tetapi masalah rumah tangga kami sudah lama berlaku. Sebelum saya mengenali Hanez lagi.
    "Malah isteri telah memfailkan cerai pada 8 Oktober 2013 dan ini merupakan fail cerai buat kali kedua yang dibuat oleh dia. Saya harap orang ramai tidak menghentam Hanez tanpa sebab lagi," tegasnya.
    Hasil perkahwinan Nurliyana dengan Romie Razin, mereka dikurniakan dua orang anak yang berusia antara dua dan lapan tahun
  • Si Betina Pun Gatal, Dah Tahu Laki Orang Masih Mahu Bermain Api – Chef Wan


    Pedas, pedih dan perit sungguh komen yang diberikan oleh Chef Wan di akaun Instagramnya mengenai kontroversi yang sedang melanda Hanez Suraya. Tergelak besar Abang Nara membacanya. Sekali baca memang agak “laser” kata-kata Chef Wan tetapi memang itulah hakikat dan kebenarannya. Respek kepada Chef Wan kerana sering mengeluarkan pendapat yang bernas dan padat.
    chef wan komen hanez suraya
    Berkongsi gambar “screenshot” suratkhabar Berita Harian, Chef Wan menulis komentar panjang lebar dan berkongsi pengalaman hidupnya mengenai kontroversi Hanez Suraya, Mr. R dan Liyanan Manan ini. Tulis Chef Wan:-
    Wow sedeh baca cerita pergolakan Rumah tangga mereka ini. Ramai these days yg bermain api diakhirnya terjerat diri sendiri. Kesian isteri yg menjadi mangsa dgn anak2..bukan sekali buat hal dah banyak kali and i loved the honesty of his wive.
    Mana yg suka berfoya foya lagi tu tak usah la berumah Tangga lagi.Jangan hancur kan hati seorang Wanita dan Anak2. Yang si Betina pun gatal dah tahu laki orang masih mau bermain api. Berdolak dalik macam main Drama minggu ini jugak for what?
    These is the sad world today where there is no respect for others.. Many times i come across so many of my close friends going to the same shit over and over again. Tambahan anak2 muda sekarang pantang ada duit sikit laki orang pun mereka nak sapu kerana gila nak hidup senang.
    I am always a shoulder for them to cry on and share their problems. My advice is always the same. Cerai kan and Move on as no one deserved to live unhappy and worst to be treated mcm sampah and worst physically abused.
    I also have noticed that what goes around will come back in this world.Jantan2 yg jahat juga kebanyakan akan nanti bertemu dgn betina2 yg tak senonoh juga. Kawin la 10 kali pun jika perangai kita tu macam musibat juga as i have adviced both my children too in the end will all end up to a unhappy marriage. Yang menjadi Mangsa anak2 la yg have to suffer.
    chef wan
    Terima kasih kepada Chef Wan kerana mengeluarkan kata-kata yang sangat mantap ini. Apa pun Abang Nara berharap agar kontroversi yang menjadi perhatian satu Malaysia ini dijadikan pengajaran buat kita. Kalau ada yang tengah mengorat laki orang tue, lupakanlah hasrat anda. Kalau anda seorang suami, jagalah anak bini elok-elok. Tak payahlah nak pasang perempuan lain. Bagilah kasih sayang secukupnya kepada keluarga anda. Kredit informasi Instagram Chef Wan.
  • Isu Cinta Suami Orang: Hanez Suraya Mahu Isteri Kekasih Mohon Maaf

    Pic : Faisol MustafaPic : Faisol Mustafa
    Seperti yang dijanjikan tuan punya badan, aktres Hanez Suraya Abd. Aziz, 29, akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai kontroversi dakwaan kekasihnya Romie Razin Adilha (Mr. R) adalah suami orang, sekali gus menutup terus isu ini berpanjangan.
    Dalam sidang media yang diadakan sebentar tadi, Hanez mendesak isteri kepada kekasihnya yang dikenali sebagai Nur Liyana Abdul Manan, memohon maaf secara terbuka ekoran tuduhan merampas suaminya.
    "Kenyataan dia (Liyana) di media agak melampau kerana saya dan Mr.R baru saja berkenalan 4 bulan lalu. Sedangkan dia memfailkan cerai di mahkamah pada 8 Oktober tahun lalu.
    "Dia yang memulakan isu ini dan dia dah libatkan satu Malaysia. Semua orang dah kenal saya dan terpaksa menanggung malu. Keluarga saya juga turut menanggung malu. Jadi saya mahu dia meminta maaf secara terbuka",katanya.
    Sidang media yang berlangsung dalam suasana tenang itu turut dihadiri Mr.R, peguam Mr.R iaitu Rubiah Jaffar dan juga peguam Hanez, Nor Liyana Abdul Rahman.
    Sebelum ini, sebuah akhbar tempatan melaporkan, isteri kepada Mr. R, Liyana Manan mendakwa Hanez menjadi penyebab kepada keruntuhan rumah tangga mereka selepas Hanez dan Mr. R didakwa telah menjalinkan hubungan cinta sejak lapan bulan lalu.
    Liyana bertambah berang apabila Hanez memuat naik di laman Istagram gambar diri bersama kedua-dua anak Liyana. Tindakan Hanez itu dianggap sebagai sengaja mengeksploitasi anak-anak Liyana dan tidak menghormati wanita itu sebagai ibu kanak-kanak tersebut.

    Malah, Hanez dan Mr. R juga didakwa telah bercuti ke Bangkok tahun lalu bagi meraikan ulang tahun kelahiran kekasihnya itu.
    Sementara itu, Mr. R turut menegaskan, tuduhan isterinya terhadap Hanez adalah fitnah serta dakwaan dia pergi ke Bangkok berdua bersama Hanez juga adalah tidak benar.
    "Saya mohon maaf atas isu yang telah ditimbulkan oleh isteri saya. Saya tegaskan dakwaan isteri saya adalah fitnah. Saya tidak mahu aibkan dia.
    "Memang saya belum bercerai tapi rumah tangga kami telah ada masalah sejak lapan bulan lalu. Sedangkan saya mula mengenali Hanez pada 20 Disember 2013 di satu majlis di UiTM Shah Alam.
    "Manakala saya pergi ke Bangkok pada bulan Januari 2014 bersama Hanez dan 6 lagi rakan termasuk adik Hanez. Bukan kami pergi berdua.
    "Malah isteri saya telah menfailkan cerai pada 8 Oktober tahun lalu dan ia merupakan fail cerai kali kedua. Dan dakwaan isteri saya di mahkamah sebelum ini tidak ada kena mengena dengan punca orang ketiga", tegasnya.

    Respon Liyana Manan isu didesak minta maaf oleh Hanez Suraya dan Romie



    Respon Liyana Manan isu didesak minta maaf oleh Hanez Suraya - Dalam satu sidang media semalam, Hanez Suraya dan Romie mendesak Liyana Manan agar tampil menyatakan permohonan maaf kerana memalukan mereka berdua di khalayak umum menerusi pendedahan di media minggu lalu.

    Tindakan Hanez dan Romie itu mendapat respon negatif dari orang ramai memandangkan mereka yang sepatutnya memohon maaf kepada Liyana.

    Liyana Manan yang ditemubual Berita Harian hari ini dilihat terkejut dengan permintaan Hanez Suraya termasuk tindakan undang-undang yang bakal diambil jika gagal. Katanya, tiada alasan kukuh dia perlu minta maaf secara terbuka kepada mereka.

    “Kenapa saya perlu meminta maaf? Sepatutnya, dia yang perlu memohon maaf pada saya. Kalau ikutkan kenyataannya sebelum ini, semuanya seolah olah mencabar dan menaikkan kemarahan saya, suruh serang, tunjuk bukti, dakwa bekas isteri buat fitnah dan macam macam lagi.” 

    “Saya masih isteri Romie, belum bercerai lagi. Itu hakikatnya. Apabila saya bersuara dan tampil kemukakan bukti, saya pula dipersalahkan. Saya tidak kisah jika Hanez dan suami nak berkahwin, tapi biarlah kes penceraian kami selesai dulu.”

    Sementara itu, Liyana mengakui pernah menfailkan penceraian terhadap suami pada tahun 2011 atas sebab sama dan kali kedua pada Oktober tahun lalu.
    “Tidak guna hidup bersama lagi dengan suami bersikap dingin, lalai serta tidak sayang kepada isteri dan anak anak.”



  • Romie akui sudah lamar Hanez Suraya - Sukar sebenarnya untuk menjelaskan tahap kerungsingan kontroversi yang sedang berlaku antara Romie, Hanez Suraya dan Liyana Manan. Ini kerana, pergolakan rumahtangga Romie dan Liyana sudah berlaku sejak tahun 2011 dan berlarutan hingga tahun lalu.

    Menurut Romie atau nama sebenarnya Romie Razin Adilha, 34, Hanez bukan punca sebenar keretakan rumahtangga mereka. Perkenalannya dengan pelakon cantik manis itu baru berusia tiga bulan iaitu pada 20 Disember 2013.

    Oleh kerana merasa serasi dengan Hanez selepas beberapa bulan berkawan, Romie yang juga ahli perniagaan terus melamarnya serta berterus-terang dengan keluarga Hanez tentang kemelut rumahtangganya.


    "Saya lapan tahun bahagia, namun perasaan itu hilang begitu sahaja tanpa sebab kukuh. Saya pun ingin bahagia juga. Mungkin niat saya (berkahwin dengan Hanez)datang terlalu awal. Namun begitu, saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan tentang melamar Hanez. Sebaliknya, Hanez yang mengeluarkan kenyataan tersebut."

    "Bagaimanapun, memang benar saya sudah melamar dia iaitu sebelum dia mengeluarkan kenyataan kepada pihak media. Dia tahu kisah saya. Saya tunjukkan kejujuran dari awal. Saya terus berjumpa keluarganya. Saya terangkan semua. Keluarganya juga tidak pernah mendesak. Sebelum kenal Hanez, saya sudah cuba menjernihkan keadaan."

    "Selepas isteri saya keluar dari rumah, saya bagi tempoh tiga bulan untuk taat. Saya cuba menghubunginya namun jalan tersebut menemui jalan buntu. Selepas tempoh tiga bulan, saya teruskan dengan penceraian. Saya tiada pilihan dan saya cuba cari bahagia saya sendiri.” 
  • Si Betina Pun Gatal,Dah Tahu Laki Orang Nak Juga Bermain Api - Chef Wan

    Si Betina Pun Gatal,Dah Tahu Laki Orang Nak Juga Bermain Api - Chef Wan
    Pedas, pedih dan perit sungguh komen yang diberikan oleh Chef Wan di akaun Instagramnya mengenai kontroversi yang sedang melanda Hanez Suraya. Tergelak besar membacanya. Sekali baca memang agak “laser” kata-kata Chef Wan tetapi memang itulah hakikat dan kebenarannya. Respek kepada Chef Wan kerana sering mengeluarkan pendapat yang bernas dan padat.

    Berkongsi gambar “screenshot” suratkhabar Berita Harian, Chef Wan menulis komentar panjang lebar dan berkongsi pengalaman hidupnya mengenai kontroversi Hanez Suraya, Mr. R dan Liyanan Manan ini. Tulis Chef Wan:-

        Wow sedeh baca cerita pergolakan Rumah tangga mereka ini. Ramai these days yg bermain api diakhirnya terjerat diri sendiri. Kesian isteri yg menjadi mangsa dgn anak2..bukan sekali buat hal dah banyak kali and i loved the honesty of his wive.    Mana yg suka berfoya foya lagi tu tak usah la berumah Tangga lagi.Jangan hancur kan hati seorang Wanita dan Anak2. Yang si Betina pun gatal dah tahu laki orang masih mau bermain api. Berdolak dalik macam main Drama minggu ini jugak for what?    These is the sad world today where there is no respect for others.. Many times i come across so many of my close friends going to the same shit over and over again. Tambahan anak2 muda sekarang pantang ada duit sikit laki orang pun mereka nak sapu kerana gila nak hidup senang.    I am always a shoulder for them to cry on and share their problems. My advice is always the same. Cerai kan and Move on as no one deserved to live unhappy and worst to be treated mcm sampah and worst physically abused.    I also have noticed that what goes around will come back in this world.Jantan2 yg jahat juga kebanyakan akan nanti bertemu dgn betina2 yg tak senonoh juga. Kawin la 10 kali pun jika perangai kita tu macam musibat juga as i have adviced both my children too in the end will all end up to a unhappy marriage. Yang menjadi Mangsa anak2 la yg have to suffer.


    Terima kasih kepada Chef Wan kerana mengeluarkan kata-kata yang sangat mantap ini. Apa pun berharap agar kontroversi yang menjadi perhatian satu Malaysia ini dijadikan pengajaran buat kita. Kalau ada yang tengah mengorat laki orang tue, lupakanlah hasrat anda. Kalau anda seorang suami, jagalah anak bini elok-elok. Tak payahlah nak pasang perempuan lain. Bagilah kasih sayang secukupnya kepada keluarga anda.
  • HANEZ SURAYA SEMAKIN DIKECAM SELEPAS SIDANG MEDIA

    on Thursday, 6 March 2014 

    HANEZ SURAYA SEMAKIN MENDAPAT KECAMAN SELEPAS BUAT SIDANG MEDIA, MASIH DIGELAR PERAMPAS | "Semua fakta sudah dijelaskan, saya tuntut dia minta maaf secara terbuka atas tuduhan dilemparkan."

    Demikian tuntutan dikemukakan pelakon Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, atau Hanez berikutan fitnah dilemparkan wanita dikenali sebagai Nurliyana Manan mendakwa pelakon itu merampas suaminya Romie Razin Adilha, 34, dan menyebabkan keretakan rumah tangga mereka.

    Hanez berkata, wanita itu memfitnahnya sudah menjalin hubungan dengan Romie selama lapan bulan dan meletakkan Hanez sebagai pihak ketiga dalam perceraian itu.

    Hanez mengemukakan permintaan tersebut itu dalam sidang media yang diadakan di One World Hotel, sebentar tadi.

    Walau bagaimanapun, para pemerhati isu ini masih menganggap Hanez Suraya sebagai pihak yang bersalah dan menggelarkannya sebagai PERAMPAS. Pelbagai komen negatif yang diterima daripada orang ramai. Mari lihat komen-komen tersebut: 



    Diharap perkara ini menjadi iktibar kepada kaum hawa yang ingin memiliki suami orang. Admin percaya perkara ini boleh diselesaikan dengan aman tanpa melibatkan pihak media yang bukan saja memeritkan keadaan, malah memburukkan nama-nama yang terlibat.

    Jangan cuba menghalalkan yang haram!,” – Juara Imam Muda Hassan

    BAHARU sahaja menjengah bulan ketiga dalam tahun 2014, namun pelbagai kontroversi yang terpalit di kalangan selebriti tempatan.
    Salah seorang daripada mereka adalah selebriti cantik, Hanez Suraya yang turut menjadi ‘mangsa’ dalam kemelut rumah tangga orang.
    hanez41“Jangan cuba menghalalkan yang haram!,” – Juara Imam Muda Hassan
    Walaupun baharu kelmarin, Hanez tampil mengadakan sidang media untuk membersihkan namanya dari tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan, masih ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan selebriti itu.
    Apatah lagi, gambar-gambar mesra ketika percutian pelakon ini bersama Mr R atau nama sebenarnya, Romie Razin Adilha, mula tersebar.
    Seakan terpanggil untuk memberi teguran, Juara Imam Muda Musim Kedua, menerusi laman sosial, Facebook, miliknya tampil bersuara.
    Walaupun tulisannya itu tidak ‘bernama’, namun ramai yang boleh mengagak ianya ditujukan kepada pelakon ini.
    Meskipun tidak menyentuh mengenai masalah tiga penjuru yang dihadapi selebriti ini, namun Imam Muda Hassan, tetap mengingatkan bahawa percutian dengan bukan mahram tetap haram walaupun berteman.
    “Bercuti dengan bukan Mahram tetapi ditemani oleh orang lain bukanlah satu alasan untuk menghalalkan apa yang haram. Matlamat tidak menghalalkan cara!
    “Walaupun ditemani orang lain, tetapi adegan pegang tangan bersama tidak akan memungkinkan ia menjadi halal.
    “Tak kisahlah kalau percutian anjuran syarikat sekalipun, jika batas-batas tidak dijaga di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul tanpa batasan, ia tetap haram,” katanya.
    Tambah Hassan, perkara ini tidak perlu timbul kerana masing-masing pasti tahu batas-batas pergaulan antara bukan mahram.
    “Dah tak tahan sangat, kahwin sahaja… Lepas itu nak bawa naik Gunung Everest sekalipun, tiada siapa yang halang.
    “Jangan cuba menghalalkan yang haram!,



Tiada ulasan:

Catat Ulasan