Selasa, 18 Mac 2014

BISKUT LIDAH KUCING YANG SUPERB!!!

Resipi Biskut Lidah Kucing

Tara.... inilah dia Biskut Lidah Kucing .... dulu nampak dah acuan ni kat kedai...tapi tak terasa nak beli.... tetiba bila nak buat punyalah cari acuan ni... semua tak ada stok...minggu lepas Tetiba en suami bawa balik acuan ni...hooyay best2 sekali beli dua... sib bik ada... kalau tak nak beli kat online tengok2 harga wow dua kali ganda harga kat kedai sini... 

So semalam bermulalah kerja2 mengukis Lidah Kucing ni... resipi yg mudah dan senang dibuat.... yg penat ya masa nak preeet sebaris sebaris tu.... hehehe apapun berkat kesabaran siap juga... kira satu adunan ni Dalam 90 keping gitew....
Dah siap adunan tu bahagikan empat atau lebih warna warna kesukaan anda.... masukan daam piping beg potong hujung kecil je tau... pastu dah boleh mula paipkan dalam loyang...


Ha tengok nak elok lagiletak satu warna lagi...baru naik seri...

Sedang membakar... kejap je ni.. 10 minit jew... jangan hangit sudah

Biskut Lidah Kucing
Tara dah siap.... jom mengunyah... kejap je masuk mulut hilang...






BISKUT LIDAH KUCING

Rujukan : Citarasawan

250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex

Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara


Tq kak wan resipi yg super best...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan