Selasa, 18 Mac 2014

Tragedi Tanjung Kupang 4 Dis 1977

Trajedi kapalterbang terhempas di tanjung kupang, gelang patah, johor

pada 4 disember 1977

7.21 pm pesawat boeing mh 653 berlepas dr pulau pinang menuju ke kl
7.46 pm berada di ruang angkasa batu arang setinggi 4000 kaki
7.47 pm pemandu kapalterbang melaporkan kepada pusat pengawalan penerbangan udara '653 going around' dan pusat menjawab '653 is cleared to land, surface wind calm'
pemandu kemudian melaporkan sekali lagi kpd pusat kawalan dgn berkata 'overshooting'. sebuah kapalterbang yg menunda mh 653 bertanya 'whats your problem' dan dijawab 'we have an emergency on board'
750 pesawat mh 654 memberitahu 'maintaining 3000 coming over kl (beacon) in two minutes, hijacker on board' pusat menjawab 'cleared to land on runaway 33 with no delay' tetapi dijawab kembali 'we are now proceeding to singapore' dan understand message receive'. pusat menjawab 'message received, understood'
8.05 pusat  mengarah kan pesawat 653 contact kawalan trafic singapore dengan radio frequency singapore,
pusat kawalan dikl bagitau pusat pengawalan singapore mengenai perkembangan mh 653 dan mereka membenarkan pesawat tersebut terbang setinggi 21000 kaki
8.12 pusat kawalan singapore membenarkan 653 turun ke paras 7000 kaki

Kemudian perhubungan pusat kawalan singapore terputus hubungan ngan pesawat 653

8.30 pm mengikut laporan polis kapal terbang tersebut berada di ruang udara tanjung kupang.

Seorang mata-mata dan orang ramai yg berada di kawasan tersebut melaporkan kapalterbang itu kelihatan terbakar lalu menjunam tetapi naik semula.. dan di saat itu kapalterbang itu meletup.

Selepas ia meletup di udara kapalterbang itu terhempas ke tanah dan meletup sekali lagi.

jumlah korban 100 org, 93 penumpang, 7 org anak kapal antaranya
pilot kapten G.K ganjoor
pembantu pilot kamarulzaman jalil
pramugara-karim tahir, onn jaafar
pramugari- sharifah sidah syed mohamad, azian borhanuddin

antara penumpang yg terkorban
menteri pertanian, datuk sri haji ali bin haji ahmad, lahir di pontian pada 29 jun 1930
ketua pengarah jabatan kerjaraya, tan sri mahfuz khalid,
pengarah kerjaraya bahagian tentera, datuk haji khalid mohamad
timbalan ketua pengarah jabatan perikanan, encik abu bakar othman merican
setiausaha politik datuk sri haji ali, encik hood fadzil                      
duta cuba ke malaysia mario garcia inchaustegui dan isterinya

antara teori rampasan kapalterbang
1. dirampas oleh ahli tentera merah jepun (dinafikan oleh menteri dalam negeri, tan sri ghazali shafie)
2. dirampas militan vietnam - singapore telah menahan 3 org militan vietnam berikutan rampasan kapalterbang DC 3 Air vietnam sebelum kejadian rampasan. perampas mungkin bertujuan ingin membebaskan kawan diorang
3. dirampas oleh penetang kerajaan cuba..

walau bagaimanapun ia tidak dapat dipastikan..

kapalterbang itu terhempas di kawasan paya.. ia terhempas berdekatan dengan sebuah rumah yang sedang/baru mengadakan kenduri kawin..

Cebisan cebisan mayat bertaburan di dalam paya dan ade yang tersangkut di pokok.

Cebisan mayat tersebut dikumpulkan di dalam plastik dan dikebumikan di perkuburan khas jalan kebun teh johor bahru, kawasan ini diberikan oleh kerajaan negeri johor.

Upacara pengkebumian dibuat mengikut adat dan ajaran agama islam, kristian, budha dan hindu, ia dilakukan pada pagi jumaat 9 disember.                                                                  

Kelemahan ketika itu penumpang tidak diperiksa dengan teliti, barang tidak diperiksa dengan teliti.
di tempat kejadian telah ditemui beberapa pucuk pistol dipercayai milik penumpang.




~LB~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan