Khamis, 6 Mac 2014

KISAH PELAKON LAMA-LAMA YANG KITA TIDAK TAHU PERJALANAN HIDUP MEREKA


Karim Latiff

SATU ketika dulu, namanya menjadi sebutan penggiat filem dan drama. Siapa tidak kenal pelakon yang popular dengan watak antagonis, Karim Latiff, 76.

Beliau juga dikenali menerusi filem Ahmad Albab memegang watak Safar pada 1968.
Selepas empat dekad, Karim kini hanya mampu duduk di kerusi urut selepas mengalami masalah penglihatan dan tidak mampu berdiri lama selain sakit kencing manis dan asma.

“Beginilah kehidupan pak cik dan isteri. Kami tinggal di sini sejak 2000. Alhamdulillah, hasil kerja keras dan penat lelah, kami berjaya beli rumah (pangsa) ini. Meskipun tak mewah seperti orang lain, kami tetap bersyukur.

“Paling penting, anak tak melepaskan tanggungjawab dan sentiasa menjenguk kami meskipun semua ada keluarga,” katanya ketika ditemui di Taman Al-Ridhuan, Hulu Klang, baru-baru ini.

Katanya, dia mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM300 sebulan.

“Disebabkan golongan orang kelainan upaya (OKU), saya mendapat keistimewaan tidak dikenakan bayaran ketika membuat pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ditanya mengenai tanggapan masyarakat mengenai kehidupan anak seni yang dianggap mewah, Karim mempunyai pendapat tersendiri.

“Bagi saya, kehidupan sebagai anak seni sangat manis untuk dikenang. Zaman dulu tak sama dengan zaman sekarang, di mana bayaran untuk sebuah drama saja mencecah ribuan ringgit.

“Meskipun pernah berada bersama barisan pelakon popular, saya sentiasa menyimpan walaupun sikit. Sebab, saya fikir apabila hari tua, saya perlukan simpanan untuk diri dan keluarga,” katanya.

Memulakan karier seawal usia lapan tahun sebagai penyanyi, Karim pernah memasuki pertandingan Bintang Radio pada 1950-an hingga ke peringkat akhir, namun nasib tidak menyebelahinya. 

BERSAMA isterinya, Che Asma Hussain, Karim Latiff membelek gambar-gambar lamanya ketika menjadi pelakon drama TV dan filem era tahun 1960-an.

“Sewaktu zaman Jepun, saya banyak menyanyikan lagu Jepun dalam persembahan pentas. 

“Saya mengikuti kumpulan Sandiwara Suria Negara dan menjelajah seluruh negara dengan mengadakan pementasan drama serta nyanyian,” kata bapa kepada lima cahaya mata ini. 

Pun begitu, disebabkan minat mendalam terhadap lakonan, dia berhijrah ke Studio Jalan Ampas, Singapura seorang diri ketika berusia 18 tahun untuk mengejar cita-cita bergelar bintang. 

“Saya masih ingat, mulanya saya hanya berlakon untuk pementasan pentas. Waktu itu saya ditawarkan watak sebagai pelakon pembantu oleh Allahyarham A R Tompel di bawah syarikat miliknya, Sandiwara Kencana dengan bayaran RM3 sehari. Jika tiada bayaran, kami diberi makan nasi kawah secara percuma. 

“Waktu itu, RM3 sangat berharga dan dikira mewah. Bayangkan saja, nasi campur ketika itu boleh dibeli dengan hanya 40 sen. 

“Saya mula berlakon drama TV pada 1964 dan antara drama yang mempopularkan saya seperti siri Keluarga Tompel dan Potret Pekerti. 

“Pada masa sama, saya bekerja di RTM sebagai pengalih suara untuk filem,” katanya yang berasal dari Rembau, Negeri Sembilan. 

Selepas muncul sebagai anak wayang, tawaran berlakon yang diterima semakin mencurah. Antaranya dia mendapat banyak tawaran daripada Merdeka Studio. 

Antara filem lakonannya ialah Sumpah Pontianak, Samseng, Selendang Delima, Mashuri, Anak Bapak, Masam-masam Manis, Keluarga 69, Lain Jalan Ke Syurga serta Amuk Tok Nadim. 


INFO: 

NAMA: Abdul Karim Abdul Latiff 
USIA: 76 tahun 
ASAL: Rembau, Negeri Sembilan 
ISTERI: Che Asma Hussain 
ANAK: Izuddin Nizam, Izmir, Nur Iznita , Izhar dan Izralfiddin 

FILEM: Silat Lagenda, Warna-Warna Hati, Mr Os, Penagih Dadah, Dayang Suhana, Enam Jahanam, Ahmad Albab, Gerimis, Anak Bapak, Keluarga 69, Do Re Mi dan Nasib Do Re Mi

Mat Sentol: Seniman yang dipinggirkan

13 SEPT — Saya masih ingat sewaktu pertamakali bertemu dengan seorang lagenda yang masih hidup iaitu pelakon dan pengarah filem Melayu era 60an dan 70an, Mat Sentol pada awal tahun 2009 dulu. Waktu itu saya dan rakan-rakan sedang bersiap-siap untuk aktiviti busking di Pasar Seni.
Mat Sentol pula sedang melepak di satu sudut dengan seorang rakannya. Jadi saya sempatlah bergambar dengan beliau petang itu, juga berbual-bual sekejap. Waktu itu umur beliau dalam lingkungan 70an kalau tak silap saya.
Sempat beliau melawak yang katanya filem P. Ramlee cuma ada tiga siri seperti “Do Re Mi” atau “Bujang Lapuk” series tapi beliau punya lapan siri yang judul ada judul “Mat” iaitu “Mat Tiga Suku” (1964), “Mat Raja Kapur” ( 1967), “Mat Bond” (1967), “Mat Lanun” (1968), “Mat Toyol” (1969), “Mat Karung Guni” (1970), “Mat Magic” (1971), “Mat Spy” dan “Mat Tenggek” (1979)
Mat Sentol atau nama sebenarnya Mat Raship bin Yahya dilahirkan di Muar pada tahun 1933. Memulakan kariernya sebagai pelakon di Cathay Keris Film Production pada awal tahun 60an sebelum menjadi pengarah di Cathay Keris pada tahun 1964.
Pendedahan awal dan bakatnya sebagai pelakon digilap oleh pelakon A.R. Tompel yang aktif dengan rombongan Sandiwara Khencana di tahun 50an dulu.
Kelebihan yang ada pada Mat Sentol adalah ideanya yang gila-gila dan mendahului zamannya. Teknik pengarahannya memang penuh dengan eksperimen yang kadang-kadang merapu dan tak masuk akal. Saya pun bukan faham sangat plot cerita yang beliau arahkan kerana ianyaberbelit-belit tetapi itulah magiknya filem-filem Mat Sentol.
Sebagai pengarah beliau seperti burung yang bebas singgah ke mana sudut yang disukainya. Dengan kemudahan teknologi yang sangat terhad pun beliau masih mampu berkesperimen, yang itu saya sangat salut!
Kebanyakan muzik dalam filem-filemnya berkonsepkan A Go Go yang agak kebaratan sesuai dengan trend muzik di zaman itu.
Seperkara dalam kebanyakan filemnya jika ada para pelakon Inggeris yang berlakon hanya diberi watak pembantu atau watak jahat sahaja berbeza dengan pandangan masyarakat kita waktu dulu dan kini yang biasanya terlalu menyanjung orang Inggeris.
Baru-baru ini saya ada terbaca di dalam sebuah akhbar harian tentang keluh-kesah dan nasib Mat Sentol yang merasakan dirinya sudah dipinggirkan oleh industri filem tanahair. Nasib orang lama selalunya begitulah, sering merasa terpinggir dan dipinggirkan.
Saya selalu merasakan bahawa nasib sering tidak menyebelahi golongan pelakon veteran khususnya walaupun mereka bertaraf “legend”. Salah satu sebabnya di waktu itu para pelakon kebanyakannya dibayar gaji bulan berserta insentif. Itu baik tetapi hanya bagus di waktu itu sahaja kerana apabila syarikat ditutup maka nasib para pelakon agak terumbang-ambing.
Itu yang berlaku pada syarikat pengeluar filem besar dulu seperti Studio Malay Film Production dan Cathay Keris Film Production. Jelas mereka seperti golongan buruh yang bekerja untuk mengkayakan lagi para towkay syarikat filem.
Itulah pentingnya jika ada royalti untuk para pelakon seperti yang dicadangkan oleh persatuan Seniman yang diterajui oleh presidennya, Zed Zaidi. Sekurang-kurangnya ada bekalan untuk hari tua mereka.
Di negara kita ini terlalu banyak persatuan yang wujud seperti Karyawan, Seniman dan Papita antaranya. Semuanya dalam misi dan visi yang sama, membantu golongan para pengkarya.
Sejauh mana ianya berkesan itu tidak dapatlah kita pastikan sangat melainkan yang saya pasti setiap persatuan itu biasanya ada peruntukan dan budget dari kerajaan, maka gunakanlah ianya kearah kebaikan.
Selepas eranya sebagai pengarah filem semakin perlahan, Mat Sentol beralih pula ke bidang penerbitan dan menjadi pengarah iklan di awal tahun 80an dulu. Kita masih ingat iklan beliau yang terkenal untuk produk keropok, “Tora Datang Lagi” yang mana iklannya memang berkesan untuk golongan kanak-kanak di zaman itu, termasuklah saya.
Mat Sentol pernah mendapat anugerah Karyawan Filem Veteran sewaktu berlangsungnya Festival Filem Malaysia ke-14 yang diadakan di Ipoh pada tahun 1999 dulu.
Kita memang sering terlambat dalam banyak hal dan perkara namun sekurang-kurangnya jika ada keazaman untuk berubah ke satu arah yang lebih baik, itu sudah cukup bagus.
Dari segi idea, bagi saya tidak ada filem komedi Melayu hari ini yang rugged seperti filem-filem Mat Sentol. Untuk genre filem komedi, yang paling hebat dan meletup di pasaran mungkin filem Senario atau untuk zaman ini filem-filem kelakar seram yang berlambak di pasaran.
Saya pun tidaklah mengikuti sangat perkembangannya kerana biasanya pelakon komedi hari ini lahir dari program pertandingan lawak yang boleh kita tonton di kaca TV. Banyak program lawak yang boleh kita tonton hari ini kerana penerimaan masyarakat yang positif.
Cuma kebanyakan yang dihidangkan kepada kita adalah ramuan yang sama sahaja, tidak ada yang istimewanya.
Apabila pertama kali saya menonton pelakon lawak terkenal tanahair Saiful Apek, saya rasa beliau banyak terpengaruh dengan idea dan gaya Mat Sentol di awal kariernya dulu.
Dari zaman berzaman pelawak kita bertukar ganti bermula era 50an sehinggalah ke zaman ini. Hari ini pelawak yang paling popular mungkin Zizan dan Johan atau Nabil? Program-program lawak pula sudah terlalu banyak yang kita boleh tonton di TV Astro khususnya.
Ianya hanyalah kesinambungan watak-watak yang datang dan pergi dalam hidup kita, namun selagi mereka itu masih hidup, lakukanlah sesuatu atau jenguk-jenguklah nasib mereka.
Bak kata pepatah, yang lama itu jangan dilupakan.

NENG YATIMAH & HASHIMAH YON

Semalam Ahad 15 Julai 2012, Restoran kami sekali lagi dikunjungi oleh Lagenda Filem Melayu dari Singapura iaitu Neng Yatimah, Hashimah Yon, M.Wari dan Habibah Harun. Kedatangan mereka ke sini kerana menghadiri rakaman nyanyian oleh FINAS yg dikendalikan oleh Komposer S. Atan. Sebelum rakaman yg dijadualkan di sebelah malam, lebih kurang jam 4pm mereka tiba di Ipoh Station. 

Neng Yatimah 78, masih sihat dan mampu bergerak ke sana kemari. Bintang Lagenda ini terkenal dgn jolokan Pelakon Air Mata. Di antara Filem lakonannya ialah Nilam (1949), Takdir Ilahi (1950), Sejoli (1951), Batu Belah Batu Bertangkup (1959), Laila Majnun (1961), Filem terakhir beliau ialah Mama Oh Mama (1981).


 

Hashimah Yon 72, juga masih sihat walafiat. Beliau seorang Penyanyi dan pelakon terkenal satu ketika dulu. Kalau sesiapa yg tak mengenalinya, beliau pernah berlakon sebagai Puteri Sultan dalam filem Nujum Pak Belalang. Di antara filem popular yg dilakonkan ialah Penarik Becha (1955), Anakku Sazali (1956), Anak Pontianak (1959), Megat Terawis (1960), Singapura Dilanggar Todak (1961) dan filem terakhir beliau ialah Black Widow (1994). Seorang yg riang dan suka bercerita.



M.Wari 70 seorang Pelakon filem Purba. Teman sendiri tidak pernah mengikuti personaliti ini malah tidak mengenali beliau. Apabila diperkenalkan kpd teman, beliau adalah seorang yg sederhana dan penyayang. Di antara filem lakonannya ialah Ayer Mata Duyong (1964) dan Panglima Besi (1964). Masih sihat dan segak. Teman seronok berbicara dengan beliau.



Habibah Harun 60, masih segak dan amat peramah. Beliau adalah Pelakon kanak kanak bersama Bat Latif. Antara filem lakonannya ialah Batu Belah Batu Bertangkup dan Lela Manja. Dalam Filem Lela Manja, beliau memegang watak sebagai Manja dan apabila dewasa dilakonkan oleh Seniwati Zaiton.
Sepanjang penglibatan beliau dlm perfileman, beliau hanya berlakon semasa kanak2 shj.


Gambar (Asal) di bawah, Neng Yatimah bersama anaknya Rose Yatimah di dalam filem Sri Mersing. Dalam filem inilah pertama kali mereka anak beranak berlakon bersama.

Apabila teman menunjukkan gambar ini kepada Mak Neng, beliau terus sebak dan menangis pilu. Suasana menjadi suram seketika. Dalam hati teman "alamak tersalah langkah aku", terasa menyesal pun ada, tetapi apabila diberitahu Mak Neng memang mcm tu....lega rasa teman. Teman pun berpesan pd Mak Neng " Mak Neng dah jgn sedih sedih lagi...kita nk happy happy ni..." terus beliau senyum. Sebab itu lah beliau digelar Pelakon Air Mata.

Teman sempat rakam gambar Mak Neng sedang sebak bila menatap gambar tersebut. Gambar tersebut di tangan kanannya ketika itu.



 
Semasa menjamu selera dgn juadah yg disediakan, banyak cerita-cerita lama mereka diceritakan. Kesemua mereka bercerita pengalaman kisah suka dan duka semasa dahulu. Yg paling suka bercerita ialah Mak Shima.




Mak Neng menatap sinopsis Filem Sengsara yg dibintanginya. 



Lebih kurang jam 4.30pm, isteri teman pun tiba di Restoran. Saat yg paling tak dapat dilupakan ialah apabila Mak Neng melihat shj isteri teman, terus dipeluknya dan diajak mengambil gambar seolah-olah seperti lama tak jumpa. Teman rasa amat hairan melihat keadaan itu bagai ada satu 'Chemistry'. Mungkin ada perasaan rindu kepada Arwah anaknya Roseyatimah agaknya.


Setelah selesai menjamu juadah, tiba2 Mak Neng bangun dan memberi ucapan ringkas tanda terimakasih pd kami tuan rumah dan menyumbangkan sebuah lagu. Sungguh sporting.


Mak Shima juga menyumbangkan sebuah lagu. Suara Mak Shima masih segar dan lunak merdu.


Uncle M.Waris juga turut menyanyikan sebuah lagu.

Kak Bibah juga mempunyai suara ug lunak merdu. Mereka semua sungguh sporting dan kami semua amat terhibur.

Sesi menandatangani Buku pelawat Ipoh Station

"Selamat Maju Jaya" dr Hashimah Yon


"Kenangan Selamanya" dari Neng Yatimah


"Semuga Berjaya" drp M.Wari


"Semuga Success " drp Habibah Harun (Lela Manja)

Ahmad Fauzee dan Ayu Cendana

Teman sempat bergambar dgn Lagenda Filem Melayu ini bersama-sam gambar mereka yg telah ditandatangani. Ada beberapa kawan2 dah pun booking gambar ini.





Ole-ole dari Ipoh Station untuk tetamu kami.


Kan teman dah cakap td bagai ada satu Chemistry

Kak Bibah mmg best. Nanti kami ke Kota Singapura, pasti kami singgah ke teratak Kak Bibah.

Sederhana tapi amat meriah

Lebih kurang jam 7.00pm, kami terus menghantar mereka ke Studio Rakaman di Damansara Perdana. Terserempak dengan mak Nona Asiah dan Mak Momo Latif sekali lagi.
Rupanya mereka dtg lagi hadir utk rakaman nyanyian ini. Masih kuat kudrat mereka. Alhamdulillah.
 

Teman bergambar dengan Rozita dari FINAS. Beliau lah yg bertanggungjawap mengelola Lagenda filem ini.

Tidak sangka dalam masa 1 minggu, kami dikunjungi oleh Lagenda Filem Melayu dari Singapura. Satu pengalaman manis yg akan diabadikan sepanjang hidup teman dan isteri. Semuga mereka ini dikurniakan kesihatan yg baik dan dilindungi Allah. Terimaksih kepada Ahmad Fauzi sekali lagi.

3 ulasan:

  1. Saya mencari Bintang Film Malaysia tahun 60 - 70 an
    Namanya Ali,,,,,,

    BalasPadam
  2. Mendung menutup angkasa


    Chorus :
    Walaupun kau sekarang telah cedera,
    Dalam hati aku tetap bangga,
    Dikau lah seorang Pahlawan Bangsa,
    Rela berkorban untuk negara


    Saya tertanya apakah tajuk lagu 60an/70an ini dan siapa penyanyi ?

    BalasPadam
  3. Saya cari oelakon bernama jastina..... Beliau ada dlm filem prebet lapok dan juga penyamun tarbus tak silap saya....

    BalasPadam