Rabu, 5 Mac 2014

KEJAM! Gambar dua beradik maut disembelih pembantu rumah


Ibu kepada mangsa kanak-kanak yang dikelar oleh pembantu rumah (dua, kanan) bersama ahli keluarganya ketika tiba di perkarangan unit forensik Hospital Sungai 
Dua kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan dan lima tahun maut dikelar di leher, dipercayai dilakukan oleh seorang pembantu rumah warga Indonesia di kediaman keluarga mereka di Taman Sri Putra, Sungai Buloh dekat sini malam tadi.

Pembantu rumah tersebut kemudian bertindak nekad membunuh diri setelah membunuh kanak-kanak berkenaan iaitu Melvin Selvan Joseph, setahun enam bulan dan abang tirinya, Koay Jia Hong, 5.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.35 malam sebelum menghantar sepasukan anggota bagi menjalankan pemeriksaan.

“Ketika pemeriksaan dilakukan di rumah tersebut, pihak polis menjumpai mayat seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Agnes berusia lingkungan 30-an di dalam sebuah bilik.


“Kemudian seorang mayat kanak-kanak berusia setahun enam bulan ditemui dalam sebuah bilik lain sebelum polis menemui mayat seorang lagi kanak-kanak berusia lima tahun di bilik atas rumah dua tingkat tersebut.


“Polis menemukan kesan kelar di leher ketiga-tiga mayat tersebut," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam ini.

Foto
Anggota forensik menjalankan siasatan di lokasi kejadian kes bunuh di Taman Sri 

Sungai Buloh: Dua beradik lelaki berusia 18 bulan dan lima tahun dikelar hingga mati menggunakan pisau oleh pembantu rumahnya sebelum wanita itu membunuh diri dalam kejadian di sebuah rumah dua tingkat di Taman Sri Putra, di sini petang semalam.

Difahamkan, ketika kejadian, kedua-dua mangsa tinggal bersama pembantu rumah warga Indonesia itu ketika ibu bapa, datuk dan nenek mangsa keluar sejak jam 8 pagi untuk menguruskan perniagaan kedai kopi milik mereka.
Foto
Rumah yang menjadi lokasi kejadian kes bunuh di Taman Sri Putra. FOTO Asyraf Hamzah

Jiran yang mahu dikenali sebagai S Sivakumar, 34, berkata, biasanya seluruh keluarga berkenaan termasuk datuk dan nenek serta ibu bapa kanak-kanak berkenaan akan keluar rumah jam 8 pagi dan pulang semula jam 6 petang.

"Kejadian itu hanya disedari nenek kanak-kanak itu yang pulang ke rumah kira-kira jam 6 petang tadi (semalam) dan ketika itu, keadaan rumah agak sunyi.


"Selepas memanggil nama cucunya dari luar, nenek kanak-kanak itu masuk ke dalam rumah sebelum terkejut selepas ternampak cucunya yang berusia enam bulan berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri manakala pembantu rumah yang berlumuran darah pula berada berhampirannya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Foto
Rumah yang menjadi lokasi kejadian kes bunuh di Taman Sri Putra. FOTO Asyraf Hamzah

Beliau berkata, terkejut dengan penemuan itu, nenek kanak-kanak itu mencari seorang cucunya yang berusia dua tahun sebelum menemuinya dalam keadaan leher dikelar di tingkat dua rumah berkenaan.

Katanya, nenek kanak-kanak itu kemudian menghubungi polis dan ahli keluarga lain memaklumkan kejadian itu.

Berdasarkan sumber polis, kejadian berkenaan dilakukan pembantu rumah terbabit berikutan tiada kesan pecah masuk rumah malah tiga anjing jenis Rottweiler tidak menyalak sepanjang kejadian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan